Harga tayar kereta Alza satu | entri terbaru dari aku. Alkisahnya semalam, sekitar jam 9 pagi encik suami menelefon aku bagitau tayar depan kereta bocor gara-gara nak elak lubang depan sekolah. Katanya nak bawak ke bengkel tampal atau tukar tayar baru. Based on pengalaman kata encik suami... Kalau tayar bocor tepi memang tak boleh tampal kecualilah bocor di bahagian tengah tayar.


Sampai bengkel... Jangkaan encik suami memang betul. Kalau tayar bocor tepi memang tak boleh tampal. Nak tak nak kenalah tukar tayar. Nasib baik ada duit untuk kecemasan. Kalau tak... Mana nak cekau duit tengah bulan ni. Huhu...

Kemudian, tayar pun jenama Viking yang paling murah kat tempat encik suami selalu service kereta... Harganya RM200 satu. Nasib baik orang tak ramai... Takdelah nak menunggu berejam kat tempat service. So, kiranya lepas waktu rehat encik suami balik semula ke sekolah untuk mengajar. Sian pulak dengan dia... Balik umah petang semalam kemain penat lagi. Dek kerana penat... Dia terus buat sauna. Barulah segar dan lena tidurnya.