Ikan terubuk kukus | Menu utama makan tengahari kami sefamily semalam. Walaupun ikan terubuk banyak tulang. Namun, ia antara ikan kesukaan kami lebih-lebih lagi bila dimasak dengan cara mengukus. Fuh! Memang terasa kemanisan isi ikan terubuk oiii... Hehe.
Lagipun... Encik suami sedang berdiet, jadi lauk yang dikukus mahupun bakar memang kesukaan dia. Nak buat ikan terubuk kukus, bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
ikan terubuk + halia dilayang halus + cili dilayang halus + bawang putih dilayang halus + bawang merah dilayang halus + garam dan ajinomoto secukup rasa.
Cara membuatnya pulak... Pertama, cuci ikan sebersih yang mungkin. Kemudian, letakkan kesemua bahan di atas ikan dan kukus seperti biasa. Pada yang ada trio steamer... Lagi senang. Cuma tekan suiz dan set masa. Tunggu masak jelah. Tapi yang takde benda canggih sebegitu. Memadailah kukus cara lama menggunakan dapur gas. Nampak isi ikan dah empuk. Masaklah tu. Hehe. Mudah bukan?
Alang-alang bercakap pasal ikan. Ikan terubuk kali ni jenis yang bertelur besar. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu. Bila arwah nenek atau mak masak ikan bertelur. Awal-awal sebelum makan, dorang mengingatkan... Jangan makan telur ikan, nanti jerawat banyak tumbuh di muka. Pernah dengar tak? Betul ke? Betul ke tidak... Fakta atau auta... Tapi... Aku dari kecik sampailah jadi mak budak, memang tak makan telur ikan... Walaupun encik suami kata sedap lemak berkrim... Aku lansung tak nak mencuba... Bukannya disebabkan kata-kata arwah nenek atau mak. Tapi aku memang tak nak makan telur ikan. Tak tau kenapa... Yang pasti lagi nyata, aku tak suka akan tekturnya yang kasar seperti pasir tu. Huhu...

2 Comments
aduh telur ikan punca jerawat..bukan tinggi.protein ke..mgkin org tua dulu taknak budak makan telur ikan kot..takut berebut ke apa.sbb bendanya bukan banyak.sikit kan tak cukup nti org tua tak dpt makan.haha..
ReplyDeleteikan apa pun klu kukus memang sedap.sesuai sgt la utk org diet
Wah wah..entry resepi je kita2 skrang ye kak..hihi sedappppp tp xpenah mkn ikan terubuk sbb byk tulang 😜
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.