Kereta pesona adik tak boleh nak start | Dah seminggu dah problem bila masuk je kunci... Kekadang boleh start. Kekadang lansung tak boleh nak start. Semenjak adik pindah ke Perlis. Kereta memang tinggal kat kampung. Bukan apa... Bila dorang balik kampung, senang nak jalan. Sudahnya, kereta pesona adik jarang digunakan. Selalu naik Alza encik suami je kalau nak ke mana-mana.


Memandangkan ada lebihan duit, mak mintak tolong encik suami bawak ke bengkel lepas waktu sekolah petang tadi. Seperti biasa, port encik suami selalu service kereta di jalan bebanggai, Betong. Rupanya masalah masuk kunci kereta... Tak boleh nak start tu... Maybe tempat lubang kunci ke starter... Bantai je. Berkarat... So pekerja di kedai service kereta tu pun semburlah lubang kunci kereta tu dengan spray anti karat. Then, beberapa jam lepas tu... Dah boleh guna macam biasa. Alhamdulillah... Free of charged pulak tu.