Udang masak kicap bersos | merupakan antara menu kesukaan Nur Qalesya Alia... So, kenalah update resepinya di sini. Bila dah besar nanti, if blog ni masih wujud... Dapatlah rujuk. Bolehlah kakak masak sendiri menu kesukaan dia. Hehe...


Nak masak udang kicap bersos amatlah mudah. Bahan yang diperlukan pun sedikit.... Iaitu udang, bawang merah, bawang putih, halia, sos dan kicap. Bahan-bahan agak-agaklah yer. Cara membuatnya pulak. First step... Kisarkan halia dan bawang. Tumiskan sehingga naik bau... Masukkan udang, sos dan kicap... Dan tunggu udang bertukar warna... Masaklah tu. Itulah petua nak tau udang dah masak ke belum. If kepedasan sos tidak menepati selera... Boleh hiriskan cili di dalamnya. Sangat mudah... Semudah satu campur satu. Hehe...

Encik suami siap tambah nasi lagi... Lama tak merasa udang masak kicap bersos katanya. Alhamdulillah... Rezeki untuk lunch semalam yang cukup mengenyangkan.