Drama Si Kolot Suamiku gantikan drama Lelaki Macam Dia | Tak silap dah start malam Isnin 15 Ogos. Maknanya, malam ni dah episod 3... Bermakna jugak dua episod dah aku ketinggalan. Biasalah... Time drama tersebut bersiaran, aku tengah tidurkan Alia. Biasalah dia, kekadang layan jugak tv... That why lambat masuk tidur. Tapi tak pernah lagi tidur selepas jam 12... Paling lewat pun dia tidur jam 10 malam dah sekarang ni.


Tadi terbaca jugak sinopsis drama Si Kolot Suamiku di blog Amanda Suria... 

Di mana drama tersebut mengisahkan tentang Tengku Nur Edrina (Siti Elizad) angkuh dan bangga diri. Edrina menggammbarkan diriya sebagai seorang wanita sempurna dari segala segi. Dek keranan dibesarkan di bandar Kuala Lumpur, suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa Edrina.  
Edrina dipertemukan dengan Kudin (Amar Bahrin), seorang lelaki yang berasal dari kampung apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dapat diselesaikan sebelum dia menutup mata. 
Perkahwinan Tengku Edrina dan Kudin memburukkan lagi keadaan. Edrina yang sudah terbiasa dengan kesenangan hidup di bandar sudah tidak tahan lagi bersama Kudin di kampung. Kudin pula lebih gemar hidup dalam serba sederhana dan kota besar Kuala Lumpur bukanlah untukknya. Apatah lagi mereka tidak mencintai.  
Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Macam best je kan jalan ceritanya. Ditambah pulak gandingan hero dan heroin diminati ramai. Mesti kena jalan ceritanya right. Betul tak?

Ada masa nanti, In Shaa Allah... Bolehlah layan setiap Isnin hingga Khamis, Astro Ria dan Ria HD... Jam 10 malam.