Boleh ke hidup bahagia tanpa bercinta sebelumnya? | Hurmmmm... Kalau tanya aku... Entahlah! Bergantung kepada orang kot. Sebab apa... KITA ADA PILIHAN UNTUK MEMILIH BAGAIMANA NAK MENCORAKKAN KEHIDUPAN KITA. Setiap PILIHAN yang kita buat, KESANNYA... Kita sendiri yang akan tanggung. Kekadang bertahun-tahun bercinta pun... Lepas kawin, ada jugak yang bercerai berai.
Sumber gambar adalah daripada bookcafe |
Actually, kami ada jiran sepasang suami isteri... Beranak 4. Berkawin atas permintaan orang tua. Alkisahnya... Masing-masing tak pernah jumpa. Entah! Atas dasar apakah... Akhirnya dorang kawin. Ok je aku tengok dorang. Kehulur kehilir asyik berkepit je... Even dah beranak empat.
That why aku kata... Boleh je bahagia, walaupun bercinta lepas kawin... Yang penting kita menerima pasangan kita seadanya. Menerima kekurangan pasangan kita... Dengan memberi kekuatan kita kepada dia...
Tetiba teringat kisah pasangan yang diviralkan di fb. Bercinta... Berkawin tapi punya suami yang tak bertanggungjawab. Dahla pinjam wang dengan along... Then, nak bagi pulak bayi yang dikandungkan isterinya sebagai bayaran. Tu la aku kata... Bahagia atau tidak sesuatu rumahtangga tu... Bergantung kepada matlamat kedua-dua pasangan untuk bahagia atau derita. Nak-nak kaum adam... Kau ibarat nakhoda kapal. Andai tersalah laluan kau bawak... Maka akan berlakulah sesuatu yang tak diingini. Begitu jugaklah dalam berumahtangga.
Baik buruk kenalah hadapi bersama. Kata nak hidup semati kan. Hehe... Entri merapu di pagi hari... Sebagai ingatan buat sendiri.
1 Comments
Morning...
ReplyDeleteSusah nak bagi komen kalau bab nie..
sebab nasib manusia ini berbeza²..
Ada kalanya apa yg kita harapkan tidak seindah rupa...
dan begitu juga sebaliknya...:)
apa² pun Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita :)
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.