Checkup 4 tahun 6 bulan | Alia jatuh pada hari semalam, tanggal 17 Ogos 2016. Seperti kebiasaan, kami akan ke klinik sebelah petang setelah encik suami balik daripada mengajar. Kalau diikutkan dalam buku pink, Alia ada suntikan pada checkup 4 tahun 6 bulan mengikut schedule. Tapi dalam kad... Nurse tulis datang checkup untuk timbang berat dan tinggi. Takpelah... Dalam hatiku bermonolog... Masa jumpa nurse bolehlah tanya. Entahla! Bab suntikan vaksin aku memang alert. Tak pernah nak miss. Pada aku ia amat-amat penting untuk imunisasi anak-anak.

Nak dijadikan cerita... Kami ke klinik jam 2:30 petang. Alhamdulillah... Kami orang pertama. So, tak perlulah nak tunggu lama-lama. Bila kena panggil... Seperti biasa, Alia sangat memberi kerjasama... Takde masalah lansung... Termasuklah ujian mengenali warna dan buah-buahan. Budak bijak mestilah betul semua... Haha. Walaupun hakikatnya Alia tak sekolah lagi... Perlahan-lahan aku ajarkan benda-benda asas sebelum memulakan persekolahan tahun hadapan. Alhamdulillah, kata nurse berat Alia ok. 18.1kg. 

Selain tu, sebelum aku tanyakan pasal suntikan. Awal-awal lagi nurse bagitau yang Alia takde injection untuk umur 4 tahun 6 bulan.  Kemudian, before balik... Alia dibekalkan dengan 2 biji ubat cacing... Kena makan pada waktu malam... Dan kena makan selang 6 bulan. So, next checkup pun sama. Alia just datang untuk timbang berat, tinggi dan ambik ubat cacing.


Selesai kami terus balik rumah. Cuaca panas terik... Terasa malas pulak nak jalan-jalan. Selepas dinner... Alia tanya bila nak makan ubat cacing. Over excited lah pulak dia. Biasalah Alia, memang suka makan ubat. So, senanglah kerja aku. Hehe...

Alhamdulillah... Alia dah selamat makan ubat cacing. Settle!