Fikir dulu sebelum berjanji | hakikat sebenarnya sebelum kita berjanji... Lebih-lebih lagi bila dengan anak-anak. Tau jelah... Bila anak-anak bising satu rumah, bergaduh atau apa... Secara tak sengaja, untuk meleraikan keadaan... Kita selalu guna tektik berjanji. Sebagai contoh, terkeluar dari mulut... Siapa bising tinggal, petang nanti tak boleh ikut pergi taman. Ala-ala ugutanlah kononnya.

Yes! Ia berjaya... Tapi ingat, anak-anak terror tau. Walaupun mungkin kita anggap apa yang kita kata hanyalah main-main. Pada dorang itu berupa janji... Menjelang petang. Siaplah kau, kalau tak bawak... Macam-macam soalan akan dorang lontarkan. Bila nak pergi taman mak? Jomla pergi taman mak... Bertabahlah dengar soalan dorang selagi kita tak bawak. Jangan main-main... Sekali tak bawak... Atau takde alasan munasabah untuk elak. Jangan haraplah lepas tu dorang nak dengar apa-apa janji dari kita.


Ain pun sekarang ni... Bila mana dah boleh bercakap, Alahai! jangan haraplah nak berjanji... Pasti dituntutnya. That why, kena fikir dulu bila nak bercakap dengan Alia dan Adiknya. Budak kan... Bijak! Silap-silap kita pulak mengalah dengan dorang. 

Budak ke... Orang dewasa ke. Sama je. Semuanya ada hati dan perasaan. Janji tetap janji. Sekali dimungkiri... Seumur hidup tak dipercayai.