Kek butter paling mudah | resepi terbaru adik share di group whatApps adik-beradik kami. Katanya, dia pernah buat... Sedap! dan resepi tersebut dikongsikan kawannya di laman fb.



Semalam sindrom rajin datang. Apalagi, after lunch... Kebetulan Ain dan Alia pun dah tidur. Bermulalah misi membuat kek butter yang hanya sedikit sahaja bahan yang diperlukan. So, first thing first... Kenalah tengok bahan yang diperlukan... Antaranya ialah:-

BAHAN UNTUK KEK BUTTER 
250g Butter + 200g gula kastor + 250g tepung gandum + 4 Biji telur saiz kecil + 1 sudu makan Baking Powder + 1/2 cawan susu segar + Sebagai tambahan, masukkan masam manis dan coklat chip 

CARA MEMBUAT KEK BUTTER 
Pertama, kenalah pukul butter dan gula sehingga putih dan gebu. Kemudian, masukkan telur satu persatu diselang-selikan dengan tepung yang telah dicampurkan dengan baking powder. Masukkan susu segar dan pukul hingga sebati. Taburkan bahan tambahan seperti masam manis, coklat chip dan sebagainya. Panaskan oven selama 20 atau 30 minit. Kemudian bakar dengan suhu 180°C selama 40 minit atau sehingga masak.


Mudahkan. Alhamdulillah... Ada jugak idea hidangan minum petang semalam. Semua kata sedap. Tak sampai malam dah licin...