21 September yang lalu | merupakan hari di mana Nur Ain checkup setahun sembilan bulan. Dah lama dalam draf... Baru sekarang nak update. Tengah kemaruk belajar mengait, that why blog terabai. Haha...
Seperti kebiasaan, aku ke klinik pasti bertemankan encik suami. Bukan tak nak berdikari pergi sendiri. Tapi, biarlah anak-anak merasai dihargai. Lagipun encik suami sendiri yang nak ikut. Bila aku suarakan pergi klinik sendiri... Awal-awal dia tak bagi. So, seperti kebiasaan jugak... Alia pun dia bawak. Jam 2 petang gitu kami ke klinik.
Sebelah petang, orang tak ramai dan kami beruntung... Datang-datang je, terus jadi orang pertama. Jadi tak lama menunggu. Nurse yang handle checkup Nur Ain pun still orang sama... Maybe dorang dah dibahagikan kot. Apa-apa hal senang dorang nak follow up mungkin.
Alhamdulillah... Berat Ain nak sekilo 200 gram, tinggi pun bertambah... Dan tak sangka, injection 2 in 1 kali ni dia lansung tak nangis. Before balik, kami dibekalkan panadol sirap... In case, Ain demam lepas injection kan. Tapi... Alhamdulillah... Ain lansung tak demam. Next checkup 19 Disember 2016, masa tu umur Ain genap 2 tahun. Cuti sekolah nampak gayanya masa tu. Maybe, sambut birthday dia di rumah mertua. Apa-apa pun, ada masa dan peluang... Nanti akan aku update... Sambut ke tidak? Hehe...
Semoga adik Ain terus membesar dengan sihat dan bijak.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.