Nur Ain Bercerai pampers | Dah dua minggu Nur Ain berlatih kencing dan berak ke tandas. Alhamdulillah, seperti yang aku duga... Semuanya berjalan dengan lancar.
Actually, umur Nur Ain sekarang ni dah setahun 9 bulan. Cepat atau lambat untuk potty trainning... Yang penting bagi aku, perkara utama atau asas nak ajar anak tak pakai pampers... Anak mesti dah reti bercakap untuk bagi signal kencing dan berak.
Untuk Nur Ain, sekarang ni... Aku ajar dia free dryper belah siang je dulu. Al-maklumlah, belah malam Nur Ain still kuat menyusu. First week je agak leceh dan kelam kabut sikit, sebab asyik terkucil. Hehe... Masuk second week... Slow-slow Nur Ain dah boleh bagitau nak kencing atau berak.
Before ajar Nur Ain free drypers... Awal-awal lagi tikar rotan dan karpet kepunyaan mak aku simpan. Taklah leceh sangat bila anak terkucil. Then, selang setengah jam... kena ingatkan Nur Ain sama ada kencing ke tidak. Lebih selamat... Kencing ke tidak... Selang setengah jam aku bawak jugak Nur Ain ke toilet. Alhamdulillah, sekarang Nur Ain dah boleh ikut.
Bila Nur Ain terkucil, walaupun dalam hati nak je marah... Tapi, demi nak menjayakan misi kenalah banyak bawak bersabar dan terangkan apa yang sepatutnya dilakukan bila nak kencing dan berak. Dan... Paling penting pada aku, bila anak mampu ikut apa yang kita ajarkan... Kenalah bagi sesuatu hadiah... Walaupun sekadar ciuman singgah di pipi.
Walaubagaimana pun, bila part keluar rumah... Nak shopping ke apa... Aku still pakaian Nur Ain pampers buat permulaan ni... Bukan mudah nak sesuaikan sesuatu perkara dengan budak umur setahun 9 bulan sebenarnya... Nak-nak dalam masa yang singkat.
Apa-apa pun, tahniah buat Nur Ain... Hehe. Alhamdulillah, free drypers waktu siang pada usia setahun 9 bulan.
3 Comments
Awal Ain dh blh Free diapers. Zara ni bru masuk 2thn Pn, kita blm brni nk Free diapers..
ReplyDeletetahniah nur ain :)
ReplyDeleteKena banyak sabar kan....hehehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.