Klinik Hati | Novel terbaru di kakinovel selain daripada Hate You Mr. K, hasil karya Iman Nizrina. Berdasarkan info di kakinovel... Klinik hati mengisahkan tentang Emir. Kerana inginkan anak daripada benihnya sendiri, tetapi tidak mahukan seorang isteri… Emir sanggup mengupah Khyla untuk mengandungkan anaknya. Tetapi, Khyla mungkir janji pada saat-saat akhir dan menyebabkan Afia terpaksa menggantikan tempatnya. Afia yang tidak tahu apa-apa itu tiba-tiba mendapati dirinya hamil.


Atas rasa tanggungjawab, mereka berdua bernikah. Namun, bahagia yang dirasakan hanya sebentar. Nyata pernikahan yang tidak disertai dengan kata- kata cinta itu menduga kesabaran dan ketabahan mereka. Pelbagai dugaan yang datang menguji kepercayaan antara mereka. Kisah lama pula sering mengganggu ketenteraman mereka.

Bertahankah hubungan mereka? Bolehkah mereka terus bersama tanpa ada kata-kata cinta? “Hubungan tanpa kata-kata cinta bagaikan mahkota tanpa permata…

Bisakah hubungan itu bertahan jika penuh rahsia?”

Sumber : Kakinovel

********************************************

Jika dibaca sinopsis klinik hati hingga ke noktah yang terakhir, konfliknya cukup merisaukan. Nak anak, tapi tak nak isteri? Huhu... Namun, cerita orang melayu... Confirm! Happy ending right. Cuma yang membuatkan kita nak tahu kisah selanjutnya... Adalah... Bagaimana garaban konflik tersebut digaul dan diadun. Menarik atau tidak? Betul tak?... Perihal itulah yang membuatkan pencinta novel terus membeli bila ada novel terbaru... Nak-nak bila dah terbaca sinopsis, mesti hati membuak-buak nak memiliki, sampai tak peduli mahal ke tidak kan...

Dulu aku cukup suka baca novel cinta... Sampai sanggup kumpul duit saku sekolah semata-mata nak beli novel. Tapi... Bila dah berumahtangga dan dah ada anak... Semuanya berubah, memang jarang nak baca buku... Kalau ada pun... Pilihan yang ada hanyalah novel online. Layan pun time anak-anak dah tidur. Haha... 

#novelterbaru #NovelKlinikHati