Shopping kedua di Lazada | selepas shopping powerbank 2 tahun lepas. 5 Oktober yang lalu, tengok ada sale... Aku terus request kat encik suami untuk belikan kit crochet hook. Harga asal RM67. After sale... RM31. Caj penghantaran pulak takde. Apalagi. .. Encik suami pun grab satu jam tangan yang mana harga asalnya RM100++. After sale, RM32 je.

Alhamdulillah, 14 Oktober barang aku selamat sampai guna pos laju. Jam tangan encik suami pulak still delay. Kami dah sedia maklum, sebab ada email dapat dari lazada pasal shipping barang encik suami delay. No hal, yang penting sampai. Tapi... Delay sehari je pun dari barang aku.


Teruja tengok kit crochet... Apalagi, terus guna untuk mengait kasut dan headband yang kawan adik tempah. Alhamdulillah, setakat ni dah terjual 3 pasang. Aku jual murah je... Kasut dan headband, RM35 TIDAK TERMASUK POSTAGE.




Ingatkan saja-saja je belajar mengait. Tak sangka pulak ada yang berminat nak membeli. Alhamdulillah... Sekarang ni pun aku still open order. Ikut color pemintaan pelanggan. Boleh siap dalam masa 4 hari. In Shaa Allah.

Then... Akan ada lagi turban dan topi kait untuk baby. Haha... Tengah meroyan mengait... Begitulah perangainya... Sampaikan blog pun tak ber'update. Huhu...