Assalamu'alaikum, hai...
512GB OTG USB 2.0 Pen Drive External Storage | Barang ketiga aku shopping dari Lazada selepas one set peralatan menggait last month. Sekarang Lazada tengah sale. Apalagi, tangan dok gatal nak shopping online... Alhamdulillah, Jumaat last week barang dah sampai rumah.
Actually, Flash drive OTG atau On To Go sangat fleksibel digunakan... Ada dwi kegunaan, boleh digunakan pada smartphone dan juga laptop atau desktop. Harga asal RM140, after less... RM48 je. Sangat murah kan? Yang pasti membeli di Lazada sangat memuaskan hati dan barang sampai ke rumah pun dalam masa seminggudua... If tempat akulah di Sarawak. Lagipun, Lazada akan bagi tracking number selepas duatiga hari kita membeli... Malah, siap hantar email lagi... Mengenai progress penghantaran barang. Tak perlu nak risau barang tak sampai ok.
Dah try guna dah... So far so good. Kondisi flash drive yang dorang hantar dalam keadaan yang baik. Space pun besar... 512gb... Dua kali ganda daripada space hardisk laptop Acer aku. Huhu... Right now, aku dah guna 11gb untuk simpan video dan contoh-contoh crochet. Alhamdulillah, ok je.
Tujuan aku beli bukan apa, senang bila nak download worksheet untuk anak, resepi, video mengait dan sebagainya... Download guna handphone terus simpan dalam usb. Banyak mana pun tak kisah. Tak perlu dah nak transfer dari smartphone ke laptop guna wayar usb.
Tapi, before nak beli USB OTG... Kena periksa dulu samada smartphone yang kita guna sesuai ke tidak guna flash drive... Sebab ada jenis handphone yang tak support USB OTG tau. Kalau aku, before beli haritu... Try USB OTG kepunyaan adik dengan handphone samsung dan mediapad huawei T1 0.7... Tengok boleh support USB OTG, apalagi... Nak jugak memiliki. Hehe...
Walaubagaimana pun, ada jugak search info tentang USB OTG. Nak jugak tahu... Handphone jenis apa boleh sokong penggunaan USB OTG? Seperti biasa, google memang tak pernah menghampakan kita... Walaupun info yang berkaitan, datang dalam pelbagai versi bahasa. Tapi, secara keseluruhannya, rata-rata mengatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui sebelum membeli USB OTG... Dan antaranya... Pertama, kena check dulu handphone sesuai guna USB OTG ke tidak. Bagaimana nak check samaada handphone kita menyokong USB OTG... First things first, download aplikasi USB OTG Checker pada Google Play. Then, tekan butang check dan ia akan memberitahu samada smartphone yang kita guna menyokong USB OTG atau tidak.
Selain tu, paling selamat... Boleh check di kedai handphone berdekatan. Tanya tauke, handphone yang kita guna boleh tak sokong USB OTG. Lagi mudah... Hati pun tak was-was. Nak beli pun tak payah fikir beratus kali, kan...
Bila nak beli sesuatu barang bila melibatkan harga RM50++... Sekarang ni, aku lebih suka buat sedikit research di internet. Tengok reviews daripada pengguna yang dah guna... Atleast, takdelah ragu bila nak membeli... Dalam keadaan harga barang tak menentu sekarang ni... Aku lebih memilih dan berhati-hati dalam setiap pembelian. Al-maklumlah, sekarang ni encik suami sorang je yang bekerja. So, kenalah berhemah dalam berbelanja.
Sedikit perkongsian dari aku mengenai USB OTG. Wallahu'alam...
1 Comments
Betul tu...
ReplyDeleteSebab itulah nak jadi pembeli pun kenalah bijak
Jgn sebab murah terus beli. Kalau tak boleh guna dah rugi..
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.