Assalamu'alaikum, hai...
Padan dan sesuaikan bentuk | Satu lagi bentuk pembelajaran yang cuba aku dedahkan kepada Alia dan Ain. Dah lama tak update mengenai homeschool dorang. Walaupun sibuk dengan tugasan harian, In Shaa Allah... Akan ada masa aku luangkan untuk dorang. Untuk BBM homeschool kali ni, aku still kitar semula barangan yang ada di sekeliling... Dan bahan yang diperlukan hanyalah kotak, marker, baki kertas warna encik suami, gunting dan pembaris. Just bentukkan kertas mengikut berapa bilangan bentuk yang ingin diperkenalkan. Then, lukiskan bentuk di atas kertas... That it, Mudah dan jimat. Rasanya, tak sampai setengah jam kot untuk DIY padan dan sesuaikan bentuk.



Actually, Alia dah kenal dah beberapa bentuk. Cuma Ain jelah... Baru nak start mengenali bentuk. Untuk Alia, ia satu ulangkaji bagi mengasahkan lagi ketajaman otak untuk mengingati. So, no hal lah nak join si adik sesekali. 

Pada aku, skop pelajaran dan pembelajaran itu luas. Tidak terhad pada buku je. Apa yang penting, kita kenalah kreatif agar proses pembelajaran anak-anak menjadi menarik... Tau jelah budak... Kalau kita hadapkan buku depan dia... Tak sampai duapuluh minat... Bye... Bye lah pada buku. Huhu... Sekarang senang. Maklumat di hujung jari... Setiap hari ada sahaja rakan alam maya share contoh aktiviti homeschool... Siap boleh print lagi. Cuma rajin atau tak jelah.