Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis Zer & Fiya | Sebuah novel yang mengisahkan tentang AAFIYA. Seorang gadis yang tidak memerlukan seorang ‘lelaki’ yang bergelar suami dalam hidupnya. Bukan dia anti dengan lelaki. Cuma bagi dia, perkahwinan itu adalah perkara yang sangat serius dan dia pula masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Oleh itu, dia sedaya upaya ‘melarikan diri’ apabila daddynya cuba mencari jodoh untuknya.
Sehinggalah munculnya Qaizer. Lelaki yang buat hidup dia tunggang-langgang! QAIZER. Sebelum ini tidak pernah terlintas pun dalam kepalanya mengenai sebuah perkahwinan sehinggalah dia bertemu dengan Aafiya. Gadis yang menggugat ketenangannya. Yang bisa menggetarkan hati lelakinya. Ada ‘rahsia’ yang buat dia nekad dan pasti Aafiya adalah jodohnya. Untuk memastikan impiannya tercapai… dia terpaksa menjadi Qaizer yang bermulut manis, Qaizer yang tak tahu malu dan yang pasti Qaizer yang penyabar!
Berjayakah misi Qaizer nak pikat hati Aafiya? Dan apakah ‘rahsia’ yang disembunyikan oleh Qaizer?
“Pabila mamat sweet talker berjumpa dengan minah ‘kayu’… haru!”
Sumber : KakiNovel
************************
Jika novel Zer & Fiya diadaptasikan ke dalam dramakan, rasa-rasa... Siapakah pelakon yang sesuai untuk memegang watak Aafiya dan Qaizer. Just pendapat ok. Hehe... Kalau watak minah kayu... Rasa-rasa Janna Nick macam sesuai... Tengok tak dia dalam drama Kau, aku dan Kita dulu... Nampak seperti tak perlukan lelaki dalam hidupnya... Namun, bila bertemu lelaki bermulut manis... Confirm! cair... Sekeras-keras kerak nasi, bila disimbah dengan air... Lembut jugak. Untuk lelaki seperti Qaizer, aku rasa... Syarul Ridzwan sesuai. Haha... Tetiba pulak teringat dengan lakonan dorang dalam drama kau, aku dan kita. Bagaimana Firdaus memikat Iman.
Namun, itu hanya sekadar pendapat orang seperti aku yang hanya suka berkhayal bila membaca novel. Hehe...
#NovelZer&Fiya
#ZerdanFiya
1 Comments
jalan cerita typical tapi menarik untuk di baca
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.