Cara mudah ubati batuk anak dengan air lemon | Minggu lepas punya cerita. Aku perasan jugak Alia batuk. Namun, aku sekadar pesankan dia supaya banyak minum air masak yang telah aku bekalkan. Setiap pagi sebelum ke sekolah, sememangnya Alia akan dibekalkan air masak sebanyak 500ml. Kekadang habis, kekadang lansung nampak seperti tak diminum. Biasalah budak. Kita orang dewasa pun... Ada jugak yang tak suka minum air kosong kan.

Then, hari kedua... Batuk Alia semakin menjadi-jadi sampaikan Alia mengadu sakit perut dek kerana selalu sangat batuk. Tapi, batuk seperti tak berkahak. Malamnya, aku cuba bagi dia minum air lemon suam. Daripada segelas... Separuh je dia mampu minum. Before tidur pula, aku urut dia dengan minyak masak yang dicampurkan dengan bawang putih bakar. Alhamdulillah, dia tidur dengan lenanya semalaman.

Subuh aku kejutkan dia. Seperti biasa, Alia takde masalah bangun pagi. Bangun je aku terus bagi dia minum air masak segelas memandangkan batuk dia seperti berkahak. Dia muntah... Ada jugaklah kahak keluar. Malah dia dah start berhingus dah... Color hijau pulak tu. Huhu...

Masuk hari ketiga dan keempat, aku ulangi perkara yang sama. Bagi minum air lemon suam dan urut badan dia menggunakan minyak masak dicampurkan bawang putih bakar. Nampak seperti batuk dia semakin berkurang dan Alhamdulillah... Semalam... Totally, Alia bebas dari batuk. Tu antara petua yang aku gunakan untuk hilangkan batuk anak tanpa makan ubat. Just open sharing berdasarkan pengalaman sendiri. Seriously berkesan. Alhamdulilah... Tapi tak taulah pada orang lain berkesan atau tidak. Yelah, badan kita tak sama. Ada boleh terima... Dan ada jugak yang tak.

Jangan nanti ada yang try. Tak berkesan lalu kecam aku. Haha... Kan? Tapi jenis aku suka mencuba selagi tak memudaratkan dan menyusahkan. Lagipun, banyak kebaikan lemon pada tubuh badan kita sebenarnya jika diamalkan. Di rumah... Setiap hari ada stok lemon. Biasalah encik suami. Stok untuk sauna dia. Mana boleh tinggal.

Apa-apa pun ikhtiar adalah perlu... Tawakal selebihnya. In shaa Allah, Allah tak zalim dengan hambanya... Pasti DIA membantu.

Wallahu'alam.