Sup petola suhun | First time mencuba, tak sangka anak-anak pun suka. Alia dan Ain punyai persamaan... Setiap kali makan, mesti cari sup... Tak kiralah ikan, ayam, daging ataupun sayur... Yang penting sup. Kalau ada sup... Kemain makan, berselera habis.
Lately, nenek dorang rajin berkebun sayur di halaman rumah. Alhamdulillah... Dah pun mengeluarkan hasil. Jimat duit dapur untuk sayur. Kena berhemah berbelanja. Nak-nak sekarang ni... Harga barang kemain lagi. Bawak RM50 ke pasar macam dah takde nilai. Haha... Malas lah nak ulas pepanjang bab-bab harga barang. Kang ada pulak yang melenting.
Berbalik pulak pada cerita utama aku pasal sayur petola. Rupanya petola mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Berdasarkan beberapa laman yang pernah aku baca, petola dikatakan sayur yang mempunyai rendah lemak tepu dan juga rendah kalori. Ia benar-benar kaya dengan serat pemakanan, vitamin C, riboflavin, zink, thiamin, besi dan magnesium... Di mana dengan memakan petola dengan kerap... Ia adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah kita dari bahan tercemar. Di samping itu ia bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati. See, betapa berkhasiatnya sayur petola.
Bukan tu je, ia juga dikatakan mempunyai sifat-sifat julap sihat secara semulajadi. Petola boleh dijadikan sebagai ubat yang amat berkesan terhadap masalah sembelit dan mungkin juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir. Ia mempunyai keupayaan membantu sistem penghadaman perut.
Tu antara lain kebaikan petola. Pendek kata, terdapat banyak lagi kelebihan memakan sayur petola sebenarnya... That why, kena cuba makan walaupun aku kurang menggemarinya.
Sumber dari google image |
Disebabkan Alia dan Ain suka sangat akan sup. Apalagi si emaknya... Cubalah mencari resepi di google untuk disesuaikan dengan bahan yang ada di dapur. So, nak dijadikan cerita... Dapat resepi sayur petola sup suhun. Cubalah membuatnya. Serius sedap. Nak-nak bila dimasukkan ayam yang telah dicarikkan bersama dengan kiub ayam maggie. Superb! Memang terbaik. Tak ikut resepi sangat. Biasalah aku... Suka ubah-ubah resepi. Nanti ada masa, aku share resepinya di sini yer.
Melihatkan keadaan anak yang suka makan. In Shaa Allah, lepas ni bolehlah repeat buat. Alhamdulillah, bertambah satu lagi menu untuk anak-anak. Haha... Macam pelik kan cerita aku. Macam tak pernah tengok petola... Hakikatnya, jarang nak try and error sesuatu resepi. That why, semangatnya bercerita lain macam. Padahal... Bersepah je resepi sayur petola di google. Haha... Sabar jelah yer dengan cerita aku.
1 Comments
Suka sup petola ni Fiza.. kesukaan hubby atie ni... lama tak kesini..apa khabar fiza & family...
ReplyDeleteSalam syawal ya... :)
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.