Bercerita Tentang Gambar | Lamanya tak update pasal sekolah si kakak. Dah masuk 8 bulan di prasekolah. So far, banyak benda kakak belajar. Paling penting... Tiap kali balik sekolah, bukak je pintu kereta... Dia excited nak bercerita tentang apa yang dia belajar di sekolah. Ada kerja sekolah ke tak... Dia dah terbiasa akan bagitau.
Alhamdulillah, tak sangka tips yang motivator otai share menampakkan hasil. Sebulan je kot aku dok amalkan ulang-ulang tanya... Time balik sekolah "ada kerja sekolah ke tak?"... "Belajar apa kat sekolah?"... Now, Alia dah terbiasa...
Nak dijadikan cerita, selepas waktu isyak semalam... Alia kata nak buat homework. Mewarna I love Malaysia katanya. Seperti kebiasaan, aku akan menemani dia menyiapkan homework. Apa yang di tak faham... In Shaa Allah, akan cuba aku terangkan.
So, aku tanyalah... Apa dia faham mengenai lukisan yang dia warna. Aku dengar je dia bercerita....
Katanya... Dulu ada penjahat datang Malaysia, lepas tu orang tangkap... Lepas tu, Malaysia merdeka.
Wowww... Walaupun ceritanya tak lengkap. Atleast, dia mampu bercerita balik apa yang dia pelajari. Konsep aku mudah... Biarlah dia belajar dengan seronok. Tak nak paksa... Lagipun, dalam kelas prasekolah dia sorang je umur 5 tahun... Yang lain semuanya 6 tahun. Biarlah dia belajar ikut suka dia. Cuma, as a parents... Aku dan encik suami kenalah pantau setiap apa yang dia lakukan. So far, until now... Setiap hari, dia excited nak ke sekolah. Alhamdulillah, dia senang bangun pagi. Syukur sangat-sangat ada anak seperti dia. Walaupun kekadang ada masa stress memikirkan diri yang belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja... Bila tengok muka anak-anak membesar depan mata... Membuatkan aku cepat-cepat tukar mood. Aku percaya... Allah akan bagi apa yang kita perlukan... Dan bukannya kehendak kita. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kan...
Semoga semangat belajar Alia sentiasa bersama dengannya sampai bila-bila. Ya Allah, permudahkanlah urusan pelajaran anak solehah Nur Qalesya Alia dunia akhirat. Amin...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.