Alia terkena gegata | Fuh! Lamanya tak update. Bila dah addicted mengait, fiza lansung lupa akan dunia blog fiza. Tetiba rasa rindu nak menaip.
Sumber daripada google image |
Ni kisah last week, nak share jugak di sini. Bila petang menjelang, anak-anak mesti nak main di halaman rumah. Dah dapat peluang mereka bebas bermain. Alia suka petik-petik bunga nekma dia. Maybe ada alahan atau gigitan serangga kot. Bila selesai mandi petang.... Naik merah kat muka. Sah gegata. Sana-sini merah.
Biasanya first solution before bawak ke klinik, fiza try petua-petua orang tua. Entah tangan gatal nak google, try la search guna keyword petua mujarab untuk menghilangkan gegata. Kalut punya pasal... Aku terlupa nak bookmark blog yang kongsikan petua tersebut. Mudah dan mujarab tau. Tapi dua hari baru gegata hilang 100%. Caranya mudah je. Gosok bahagian yang terdapat gegata dengan vick je. Fiza guna vick yang untuk baby tu.... So, takdelah panas bila disapukan.
Alhamdulillah, dengan izin Allah... Gegata di badan Alia hilang seratusperatus dalam masa dua hari. Syukur sangat-sangat dapat jumpa petua yang serasi untuk menyembuhkan gegata di badan Alia. Yelah, tak semua petua orang share serasi dengan kita... Tapi selagi tak memudaratkan, mudah untuk diaplikasikan... Tak salah kita mencuba.
Apa-apa pun terima kasih kepada yang kongsikan petua tersebut...
1 Comments
sy penah kena dulu.tp xtau itu gegata..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.