Assalamu'alaikum, hai...
Nur Ain haziqah genap 3 tahun | Alhamdulillah... Tanggal 19hb Disember, last week... Umur Ain genap 3 tahun. Before gerak bercuti di Kuching... Sempat pergi klinik untuk checkup. Alhamdulillah, semuanya normal. Berat pun naik... 14.3kg dah. Tak sampai 15 minit menunggu, nama Ain dah kena panggil. So, dalam setengah jam je berada di klinik... Kami terus gerak ke Kuching untuk bercuti di rumah mertua. Kali ni, kami lalu jambatan sungai Rimbas yang baru sahaja dirasmikan oleh CM last two weeks. Before ni, ambik masa lebih kurang sejam lebih ke Feri Pusa... Tapi, kali ni lalu jambatan Sungai Rimbas... Perjalanan kami cuma mengambil masa selama lebih kurang 45 minit sahaja... Sangat menjimatkan masa. Naik Feri Pusa, lalu beberapa kampung... Naik feri Triso... Lalu Jambatan Sadong... Alhamdulillah, dalam jam 2 lebih petang kami sampai di Kuching.
Sampai di Kuching, singgah Giant dulu beli barang dapur. Biasalah, dah berkeluarga kenalah faham... Bercuti pulak sampai dua minggu, tak kan nak harapkan mak mertua dan ipar duai nak sediakan makanan kan... Sambil tu shopping keperluan sekolah Alia. Nanti ada masa akan Fiza update tentang sekolah si kakak yer.
Dah siap shopping, isi perut dulu... Singgah pulak di restoran singapore chicken rice. Then, tempah kek birthday Ain. Takde pilihan sangat. Hentam jelah... Ambik perisa oren. Kemain, balik rumah tak menyabar Ain nak potong kek. Padahal mata dah ngantuk kepenatan. Tengok jelah... Muka masam tiup lilin. Sudahnya si kakak dan ayah tolong tiupkan.
Hurmmm... Kejapnya masa berlalu, tak terasa Ain dah 3 tahun... Lately, tengok baby mesti dia kata nak adik. Allahu Akhbar... Tak tahu nak jawab apa. Haha... Dah hafal baca doa makan dan doa tidur pun... Sudah cukup membahagiakan. Satu je, bila shopping... Asyik mintak di dukung. That why, Fiza jarang ke mall... Lebih suka beli online.
Alhamdulillah, Ain dah lama free drypers. Menjadi sahabat kakak yang sangat baik... Jarang bergaduh dan suka berkongsi orangnya. Cuma... Bila berjauhan dengan Fiza, Ain menjadi seorang pendiam. Pernah last two weeks before ke Kuching... Fiza attend satu interview jawatan pengurus... Ain dan Alia, Fiza tinggalkan dengan adik dan mak... Mak kata Ain tak mau mandi, menyusu dan makan... Dia tak nangis tapi diam memanjang. First time Fiza takde depan mata kot... Tu yang jadi macam tu. Balik dari interview... Dia berkejaran dapatkan Fiza... Kemain happy... Terus mintak dimandikan dan nak susu. Hai... Manja sungguh. Macam manalah nanti, kalau dah ada adik... Dapat ke tidak terima kenyataan.
Apa-apa pun peel anak, dia amanah Allah yang wajib dijaga sebaik mungkin. Semoga Nur Ain Haziqah menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat buat mak dan ayah. Ameen...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.