Turban tak tutup telinga untuk newborn | Alhamdulillah, semenjak buat service mengait... Rezeki tak pernah putus. Pada mulanya hanya ambik tempahan daripada jiran berhampiran... Tapi, kini alhamdulillah... Tempahan semakin meluas ke semenanjung Malaysia dan Sabah. Syukur tak terkata. 

Sejak menceburi dunia kait, blog pulak jadi terabai. Memandangkan this week tempahan tak banyak... Fiza cuba untuk update blog yer. Jadi nak dijadikan cerita, nak share jugaklah pasal tempahan yang Fiza dapat. Last week, Fiza dapat tempahan dari sorang ibu yang baru habis pantang dari Selangor. Katanya nak buat tempahan turban, kasut dan headband one set. Tapi... Ada tapinya. Hehe... Dia tak nak turban tu tutup telinga seperti yang sedia ada di pasaran. Orait... Tak jadi masalah yer... Buat Fiza, yang penting bagi ukuran. Nanti Fiza kongsikan bagaimana nak ukur lilit kepala bayi dan ketinggian turban dari paras atas telinga.



Alhamdulillah, Selasa poskan... Rabu dah sampai dengan tuannya. Tak sangka, dek kerana excited... Dapat, terus try. Hehe. Pelanggan happy, Fiza lagi happy... Kerana dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Oh ya, if ada yang nak tempah. Ukuran adalah lilitan kepala bayi dan ketinggian kepala hingga telinga... Tu untuk yang tak nak tutup telinga. Cara ukurnya pulak adalah seperti berikut.



Untuk one set kasut, turban dan headband... Harganya adalah RM60 tak termasuk postage. Postage Sarawak RM8, Semenanjung dan Sabah RM12

Berminat? Boleh WhatsApp directly Fiza di link www.wasap.my/60138821296 . Nak tempah benda lain pun boleh. In Shaa Allah siap dalam masa 3 ke 4 hari. Kalau banyak order... Kenalah ikut turn.... Setiap tempahan kenalah disertakan pembayaran yer... Tu terma dan syaratnya. Bukannya apa, nanti dah tempah.... Dah siap, boleh pulak cancel order. Walaubagaimana pun, setakat ni takdelah jumpa pelanggan yang buat taik... semuanya baik belaka. Pernah sekali tu... Sorang pelanggan dari Selangor jugak... Order topi dan turban sampai lima pasang... Terus bayar. Allah, percayanya dia. Sebagai orang berniaga pulak... Kenalah jujur. 

Alhamdulillah... Setakat ni segala urusan jualbeli Fiza berjalan dengan lancar. Semoga bisnes kecil Fiza ni semakin maju hendaknya. Doakan Fiza yer :)