Assalamu'alaikum, hai...
Hari pertama persekolahan | Alhamdulillah... Setelah sebulan cuti, semalam bermulalah episod sesi persekolahan 2018 buat encik suami dan Alia.

Alhamdulillah, seperti tahun yang sudah... Anak solehah Alia memang senang dijaga... Lansung takde drama queen. Cool je kena tinggal dengan encik suami. Syukur sangat... Kerana dianugerahkan anak seperti Alia. Seawal jam 5 pagi dah bangun... Teruja nak kesekolah punya pasal... Jumpa kawan baru katanya. Yelah... Last year dia sorang je umur 5 tahun daripada 13 orang... Tahun ni... Yang 6 tahun masuk darjah 1, dia pulak still berada di prasekolah dengan murid baru dari tadika. Dari tahun lepas lagi... Fiza dan encik suami sentiasa terangkan kat dia. Umur masih muda... So that why masih stay dengan cikgu yang sama. 


So far, pagi semalam... Encik suami whatsApp... Alia ok je masuk kelas, siap tak nak hantar depan kelas. Alhamdulillah... Encik suami whatsapp gambar dia tengah mingle buat aktiviti. Cool je. Hehe... Semoga berterusan begitu ye nak... Excited nak ke sekolah... Suka belajar dan suka bergaul hendaknya.

Berdasarkan tahun lepas... Alia lansung tak nak ponteng sekolah. Cumanya, Alia akan ponteng bila sakit je. Harap-harap ia berterusan... Ameen. 


Sian, jauh punya pasal... Alia terpaksa tunggu encik suami habis mesyuarat jam 5 petang. Balik dari sekolah... Masuk rumah je terus Alia bercerita. Haha... Kemain excited. Dah dapat kawan baru katanya... Siap bagitau nama lagi. "Tu Farisha duduk sebelah dalam gambar"... Pantas sekali dia berkata bila Fiza tunjukkan gambar yang encik suami whatsApp kan. Ceritanya tamat dengan tidur keletihan seawal jam 9. Dah biasa dah... Disiplinkan dia tidur awal. So, automatik tak perlu diarah. Alhamdulillah...

Tamat cerita first day sesi persekolahan 2018 buat si kakak.