Assalamu'alaikum, hai...
Ninso Samarahan | Seperti dalam perancangan... Semalam selepas solat Jumaat, encik suami ajak ke Ninso, Samarahan. New branch, Ninso pertama di Sarawak yang baru bukak 8 Februari baru-baru ni. Terletak bersebelah Kedai Unaco, Kawasan belakang Aiman mall. Apalagi, as a blogger... Mana mungkin tak merebut peluang. Masa encik suami duatiga kali pusing cari parking, sempat jugak Fiza snap gambar dari luar Ninso. Hehe... Dari luar, nampak gah. Mesti banyak barang di dalamnya... First impression Fiza bila tengok dari luar.

Ninso
Ninso
Actually, Ninso adalah sebuah kedai yang menawarkan harga barang yang cukup murah iaitu RM2.50 untuk peralatan rumah, peralatan sekolah, makanan mahupun pakaian.

Bila dah dapat tempat parking, kemain laju lagi Alia dan Ain keluar bertemankan adik ipar. Dorang, kalau ke kedai mesti aim mainan... Tak kisahla mainan mahal ke... Murah ke. Mesti beli. Setakat ni, dorang behave je dalam kedai... Takdelah melalak bagai nak mainan. Kalau rasa nak beli... Kami akan belikan. Tapi, takdelah selalu dapat on the spot. Before masuk kedai, Alia dan Ain nak berswafoto di luar kedai. Layankan jelah...

Ninso

Bila masuk je kedai... Allahu Akhbar, ramainya manusia... Very crowded. Kemudian, barang pun still dalam proses di susun atur. So, agak berserabutlah jugak kedainya. Rata-rata, harga barang RM2.50. Tapi, ada jugak yang harga barang RM5 seperti penyapu. Tak menyempat sangat nak snap gambar barang... Ramai sangat orang.

Ninso
Suasana kedai Ninso, Samarahan
Sudahnya, Fiza dan encik suami sempat belikan Alia dan Ain pengasah pensil, salotep, mainan doktor dan pemadam je. Kemudian, mintak encik suami bayarkan di kaunter. Balik dari membayar... Kemain lagi encik suami complain... Kata kenapa perlu queue bagai satu kaunter... Banyak lagi kaunter bukak. Padahal, kalau di tempat lain... Nampak je kaunter kosong terus masuk. Lepas tu, salotep pulak terpaksa dorang ambik balik sebab takde code. Huhu... Fiza dengar je dia membebel. Nak sedapkan hati dia... Fiza bagitaulah... Biasalah, kedai baru bukak... Mesti pengurusannya tak konsisten lagi. Terus dia diam.

Ninso
Alia dan Ain berebut nak pegang troli di Aiman mall
Selepas keluar dari Ninso, kami terus ke Aiman mall... Misi mencari baju untuk adik ipar dinner 27 haribulan nanti. Katanya bertemakan tahun baru cina. Tapi, malangnya tak jumpa pun baju yang dicari... Sudahnya dia decide beli online je. So, memandangkan tak jumpa apa yang dicari... Kami pun shoppinglah barang dapur sikit. Rezeki... Adik ipar belanja. Hehe... 

Last, sebelum balik rumah... Kami ke stall pisang goreng dan keropok lekor crispy... Untuk tapau minum petang.

Ingatkan cerita Ninso habis macam tu je. Rupanya tidak. Around jam 6 petang gitu, time Fiza layan drama syurga yang kedua... Encik suami kata nak keluar kejap nak ambik duit di mesin ATM. Tunggu punya tunggu, jam 9 malam baru balik rumah... Siap bawak tupperware dan alat tulis lagi. Tengok beg plastik... Terpampang tulisan Ninso... Ya Allah, rupanya encik suami tak puas hati sekejap sangat di Ninsoooo... Haha. Fiza tahu, dia kalau pergi kedai... Memang aim peralatan menulis dan botol air. That why, tak puas hati. Tengok harga barang pulak RM2.50... Memangla tak puas. Kan? 

Tapi, Fiza sarankan... Lebih baik pergi selepas beberapa bulan Ninso beroperasi. Bukan apa, first month baru bukak.... Orang terlampau ramai, kalau jenis yang cepat pening bila berada di tempat ramai orang... Baik simpan dulu keinginan nak pergi tu ye. Sebab ada jugak sampai duduk di tangga gara-gara pening. Sudahnya, barang tak dapat... Pening pulak yang kita hidap. Kemudian, keadaan barang still tak tersusun sepenuhnya. Ada yang masih takde tanda harga. Bila kita ambik bawak pergi kaunter terpaksa pulangkan balik sebab takde tagging. Pengurusan kaunter pun masih serabut. Al-maklumlah, baru bukak...  Mestilah berserabut right....

Ada kelebihan dan keburukan jugak kedai Ninso ni sebenarnya... Besar atau kecik barang, harga sama je RM2.50. So, bagi barang kecik yang kita boleh dapat dari kedai lain dengan harga RM1.50... Memang tak berbaloilah untuk dibeli... Tapi, kalau tupperware sebijik sama... Di tempat lain kita dapat harga RM4+++... Di Ninso dapat harga RM2.50. Memang jauh betul perbezaan harganya. Sebagai pengguna, kita seharusnya bijak dalam berbelanja. 

In Shaa Allah, next time ada kesempatan... Kita singgah lagi di Ninso cuci mata.

Alhamdulillah, tertunai jugak hajat nak ke Ninso. Korang pulak, apa cerita? Pernah ke kedai Ninso tak? Apa pendapat korang tentang Ninso?