Assalamu'alaikum, hai...
Tiada arah jodoh kita, drama terbaru menggantikan drama kekasih paksa rela | Selalu, Fiza dok bercakap pasal anak, bisnes, petua... Tapi, kali ni... Fiza nak berkongsi pulak pasal drama yang menghiasi slot akasia di tv3. Al-maklumlah, kaum hawa khasnya memang suka layan drama. Termasuklah Fiza sendiri. Tapi, before layan sesuatu drama... Fiza akan cari sinopsis dan usha siapakah gandingan pelakonnya. If macam best, baru tengok. Kalau tak... Memang tak layan terus.
Lagi beberapa episod, drama kekasih paksa rela akan tamat dan... Dah tengok dah promo drama seterusnya di tv3. Tengok macam Shukri Yahaya dan Aprena Manrose yang berlakon. Dek kerana nak tau sinopsisnya... Seperti biasa, laman infotaip akan menjadi tempat Fiza merujuk.
Kredit : Laman Infotaip |
SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA
Berdasarkan apa yang terdapat di laman infotaip, drama tiada arah jodoh kita mengisahkan tentang ketabahan Afia Awliya(Aprena Manrose) yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir (Erwin Dawson) yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel (Hafeez Mikail) yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak.
Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif (Shukri Yahaya) yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.
Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan semuanya di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.
Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.
Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?
Hurmmm... Berdasarkan sinopsis, ceritanya macam best. Tapi, best ke tidak sesuatu cerita tu... Bergantung pulak dengan keserasian para pelakonnya. Betul tak? Kebiasaannya macam tulah kan. Apa-apa pun, nantikan kemunculan drama ni selepas berakhirnya episod akhir kekasih paksa rela minggu ni... Semestinya di tv3.
Happy weekend all.
1 Comments
saya sangat2 jarang tengok drama macam tu, sangat stereotype :D
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.