Assalamu'alaikum, hai...
Bersin, adakah petanda alergi telur dan udang? | Antara Alia dan Ain... Alia sejenis yang sensitif. Dah lama perhatikan dia. Setiap kali makan udang atau telur... Belah pagi selepas mandi waktu subuh, Alia mesti bersin. Tengahari barulah bersin dia akan hilang... Bila dia tak makan telur atau udang... Takde pulak bersin.
So, bila dah tahu dia ada alahan terhadap telur dan udang. Fiza jarang masakkan dua jenis makanan tersebut sekarang ni. Sian pulak... Pagi-pagi pergi sekolah, asyik bersin... Mesti akan menganggu sesi P&P dia. Kan?
Bila ada anak, kaum hawa kebanyakannya dah serupa doktor di rumah. Betul tak? Bila anak tak sihat... Ibulah orang yang paling risau. Tapi, sebagai seorang suami... Walaupun tak menampakkan kerisauan di wajah... Encik suami pasti akan berusaha mencari ubat yang bersesuaian bila diperlukan.
Walaubagaimana pun, bila dah lama tak makan telur goreng mata kerbau... Sesekali Alia teringin jugak nak makan. Kesian pulak Fiza... Nak tak nak, Dinner malam semalam Fiza tunaikan kemahuan dia. Kemain berselera lagi makan telur goreng cicah dengan sos dan kicap. Tapi, tula pagi tadi... Bersin datang balik. Kan! Alia memang alergi terhadap telur dan udang. 😭😭😭... Asal makan je, automatik bersin. Sensitif betul...
Kalau Ain... Tolak batu dengan kayu je. Semua masuk... Lansung takde alahan terhadap makanan. Cuma tula... Bila kak Alia tak boleh makan telur dan udang... Ain pun turut sekali tak makan. Hurmmm... Serba salah pulak dibuatnya kan... Sudahnya, satu rumah tak makan telur dan udang. Huhu...
Di prasekolah, encik suami dah pesan awal-awal dengan cikgunya supaya tak bagi telur rebus dengan Alia. Sudahnya, balik sekolah... Mesti ada bungkusan telur rebus cikgu bagi. 😊
Begitulah, bila anak ada alahan terhadap makanan... Kita as a mom kena alert... Sebab, jika tak diambik peduli... Alergi yang berlarutan jugak bahaya tau untuk kanak-kanak.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.