Assalamu'alaikum, hai...
Bertukar domain, daripada blogspot kepada .com | setelah hampir 8 tahun berblog, baru harini tergerak hati untuk bertukar domain. Alhamdulillah, setelah berbincang dengan suami... Ada sedikit rezeki mengait. Akhirnya encik suami bersetuju untuk benarkan Fiza menukarkan domain secara sah. Dia tahu, Fiza suka menulis blog. That why, dia takde masalah untuk benarkan.
Haha... Lewat betul kan nak bertukar domain. Padahal boleh je sebelum ni... Hurmmm, Entah! Bila dah terjebak dengan dunia mengait ni... Fiza seperti kalau boleh ada penjenamaan sendiri... Sudahnya fizacrochet jugak pilihan Fiza. So, alang-alang IG Fiza berdaftar menggunakan username fiza_crochet... Why not blog pun tukar... So, from that... Fiza pun terfikir nak tukarkan domain sekali. 😂
Before tukar domain, fiza ada jugak baca beberapa review daripada beberapa blog... Berdasarkan review dorang, akhirnya Fiza memilih untuk menukar domain di bawah laman www.netkl.com... Sekali harung dengan setup domain... Fiza hanya perlu bayar RM70 je. RM60 untuk domain dan RM10 untuk service setup domain. Actually, boleh je setup sendiri... Tapi, Fiza malas nak peningkan kepala. So, suruh jelah dorang setupkan sekali. Alhamdulillah, service netkl memang tip top meletop... Rasanya, tak sampai 3 jam selepas pembayaran... Blog Fiza sekejap je dah bertukar domain. Yahuuu... Akhirnya. Doakan Fiza ye, semoga terus bersemangat untuk memperbaiki mutu penulisan blog Fiza.
Settle domain... Blog pulak still tak up to date... Berapa kali tukar dah template. Asal ada peluang je, mesti tangan gatal nak make over blog. Sudahnya, ada duatiga function still tak jalan. Then, google adsense pulak... Kalau dah tukar domain... Sah-sahlah iklannya disable. Nanti dalam masa duatiga hari, ada peluang... Fiza akan selesaikan masalah tersebut.
Tu antara permasalahan yang akan timbul bila kita bertukar domain. Namun, takde masalah yang tak boleh diselesaikan. Kan?
Terasa puas bila bertukar domain. Sabar jelah baca entri pepagi ni. Padahal after subuh nak bersiap gerak ke Kuching.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.