Assalamu'alaikum, hai...
Cara delete atau buang mesej yang tersalah hantar atau send di WhatsApp | Allah panjangnya tajuk. Tapi, itulah entri terbaru dari Fiza untuk harini. Terdetik di hati Fiza nak share bila encik suami bertanyakan mengenainya. Encik suami sejenis yang malas nak explore function pada sesuatu aplikasi... Seperti biasa, Fizalah tempat dia  bertanya. Dah faham sangat dah perangai dia. Jadinya takdelah nak ambik pusing. 😂

Dia tanya, kita jawab.

So, berbalik kepada tajuk entri... Nak delete atau buang sesuatu mesej ke, gambar ke yang tersalah send di WhatsApp sangat mudah sebenarnya. 

Pertama, tekan lama sikit pada mesej yang kita nak delete seperti di bawah... Tekan sampai keluar garis color biru.


Kemudian, tekan button tong sampah untuk delete seperti di bawah.


Terakhir sekali, klik pada "delete for everyone". Dah settle... Tu sekiranya kita nak buang mesej di WhatsApp kita sendiri dan jugak di whatsapp orang yang kita tersalah send.



Tapi, Fiza musykil jugak dengan function ni tau... Samada ia betul-betul berfungsi atau tidak. Kalau mesej...Memangla delete terus... Tapi kalau gambar, macam mana?

Bukan apa... Beberapa minggu yang lepas. Ada sorang customer Fiza ni tersalah send gambar dengan Fiza... Dalam dok Fiza nak download gambar yang dia send. Tetiba, Customer Fiza delete gambar tersebut dalam masa yang sama. Dalam WhatsApp memang delete. Bila Fiza check gallery handphone. Ada je gambar tersebut walaupun dah kena delete. Nasib baik bukan gambar pelik2... Just gambar termometer je. Maybe isteri nak suruh suami beli termometer kot. Ekeke...

Musykil aihhh. 

Fiza ada jugak try send gambar di handphone encik suami... Kemudian, try delete... Tapi, sama jugak still ada di gallery... Even, encik suami belum bukak WhatsApp atau sudah... Hurmmm.

Ada tak sesiapa pernah alami? Kalau ada... Jom kita berkongsi...