Assalamu'alaikum, hai...
Dapatkan kebenaran, sebelum berjemaah viralkan | Saban hari kita melihat kuasa viral semakin berleluasa di media sosial. Tak kiralah, apa yang diviralkan itu bermanfaat ataupun tidak. Namun, terus terang Fiza katakan... Sebenarnya, Fiza cukup risau akan fenomena ini. Al-maklumlah, sekarang ni orang lebih suka baca bahan dari internet daripada buku. Namun... Tak semua begitu. Tapi, Saban hari angka peratusan pengguna kian meningkat. Berdasarkan article bertajuk statistik penggunaan internet di Malaysia 2017 oleh laman iamk.com.my, daripada 32 juta penduduk Malaysia... Dianggarkan 24.5 juta daripada mereka merupakan pengguna internet.

Kemudian, peratusan paling tinggi aktiviti online pengguna Internet di Malaysia adalah melalui berkomunikasi melalui teks, 96.3%... Melawat laman sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya, 89.3%... Dan diikuti mendapatkan maklumat sebanyak 86.9%.


Peratusan penggunaan laman sosial di Malaysia
Kredit : www.iamk.com.my

See... Betapa berpengaruhnya internet kepada rakyat Malaysia.

Paling berpengaruh adalah Facebook. Apa sahaja berita ataupun maklumat mampu disebarkan dalam beberapa minit. 

Kalau benda baik takpelah, kalau nak viralkan... Sah-sah akan mendatangkan kebaikan kepada penggunanya. Tapi, bagaimana pula dengan benda tak elok. Hurmmm... 

Pleaseeee... La.

Dapatkan kesahihah dulu before nak viralkan. Kesian tau, tak pasal-pasal orang percaya. Tapi kan, sebagai pengguna internet kita jugak tak seharusnya percaya seratus peratus apa yang dikongsikan... Sebaliknya, selidiki dahulu... 


Pembungkusan baharu milo


Respon pihak milo terhadap isu milo tiruan

Contohnya beberapa hari yang lepas, ada yang share gambar di fb mengenai milo tiruan. Haiss... Bukankah itu isu beberapa tahun yang lepas ke? Huhu... Fiza pun jadi berfikir sekejap. Then, terus emailkan kepada pihak milo bertanyakan permasalahan itu... Alhamdulillah, pihak milo pantas membuat responsed....

Ternyata, mereka tengah memperbaharui packeging product dorang. Betul la apa yang Fiza fikirkan. Tapi, dek kerana nak dapatkan kepastian... Fiza emailkan jugak. 

So, sama-samalah kita beringat. Takde milo tiruan tau. Pembungkusan je baru. That why, ada perbezaan.