Assalamu'alaikum, hai...
Dunia blog dan pengiklanan | Trend masa kini, banyak pengiklanan menggunakan blog sebagai platform untuk mempromosikan produk. Bak kata pepatah... Ibarat irama dan lagu, begitu jugak blog dan iklan. Sangat sinonim... 

Syarat untuk dapatkan sponsored post
Kredit : www.rapidpurple.com 

Walaupun blog tumbuh seperti cendawan, tak semua blog akan terpilih untuk diterima masuk mengiklankan sesuatu produk. Terdapat terma dan syarat yang perlu dipatuhi. Bukan senang nak dapatkan job untuk blog tau. Blog Fiza sendiri pun, sebelah mata pun orang tak kan pandang. Amboi! Statement. Haha... Saja je propa kan...

Fiza akui, banyak lagi kelemahan blog Fiza yang perlu diperbaiki. Mana mungkin sejauh itu untuk dapatkan job. Kena fokus, kena maintain'kan trafik blog dulu, penulisan pun nak kena perbaiki... Paling penting domain pun perlu tukar. Baru nampak profesional. Betul tak?

Alhamdulillah, baru-baru ni Fiza mengambil keputusan drastik untuk menukar domain sendiri. Terasa sayang sangat dengan blog. Why? Sebab, blog adalah tempat Fiza berkongsi minat sekali gus menjadi terapi pada diri. Kalau masih guna blogspot, entah bila tetiba google nak tamatkan. Macam mana? Sayang... Hampir 2 ribu tau dah entri di blog Fiza. Boleh menangis air mata darah dibuatnya. Haha... Perumpamaan yang melampau-lampau. Setakat blogspot kena delete. Boleh je create baru. Tapi tu la... Entri yang Fiza kongsikan selama 8 tahun berblog amat bermakna sebenarnya. Kekadang malas nak update blog... Baca balik entri lama, mesti tersenyum sorang-sorang. That why, buat keputusan cepat-cepat before tak jadi.

Pasal iklan... Itu kalau ada tak kan ke mana right. Apa yang penting, Fiza menulis ikut kata hati. Hidup biar happy... Selagi kita happy dengan apa yang kita buat... In Shaa Allah, setiap urusan kita akan menjadi mudah.

Lagipun, seandainya traffik blog kita sentiasa meningkat.... In Shaa Allah, para pengiklan akan kejar blog kita... Betul tak? Sebab... Traffik blog adalah perkara utama diambilkira oleh para pengiklan untuk hire blog kita bagi tujuan memaparkan iklan dan jugak sponsored post dorang.

Setakat ni... Alhamdulillah, dah merasa jugaklah duit hasil berblog... Walaupun tak banyak mana. Hehe. Takpe, yang penting enjoy berblog. Kan? 

#moodmenunggukeputusanre-updateAdSensesetelahbertukardomain.