Assalamu'alaikum, 
Selamat Pagi.
 
Jalan Short-Cut Dari Betong ke Kuching | Alhamdulillah, seawal jam 8.30 pagi semalam kami empat beranak bergerak ke Kuching. Memandangan jalan utama banyak yang rosak kesan daripada kerja-kerja menyiapkan projek pan-borneo... Fiza dan encik suami decide lalu jalan short-cut

Dari Betong, kami merentasi jalan desa bermula dari Bungin, Serembang, Manggut, Tuie, Serabang dan berakhir di Pusa... Barulah naik Feri Saribas. Then, bila sampai seberang kampung Beladin... Jalan lurus lalu kampung Spinang, Semarang, Meludam... Barulah naik lagi satu Feri... Iaitu Feri Triso. Setiap feri, tambang hanya RM1 ye... Sangatttt murah 😂

Informasi

Paling lama atas Feri triso... Lebih kurang setengah jam. Kat sinilah Fiza akan bagi Alia dan Ain makan bento yang Fiza bawak. Kebiasaannya, pergi mana-mana... Dah siap awal-awal dah bawak bekal dari rumah... Bukan tak nak beli... Ada je sebenarnya makanan dijual di tepi-tepi jalan. Tapi, lagi baik bawak bekal air tangan sendiri... Hati pun tak was-was nak makan kan... Kebersihan pun terjamin. 

Bukan nak kata apa, pernah tau encik suami kena cirit-birit lepas makan fish ball panggang yang dibeli di tepi jalan... Tu jadi serik nak membeli. Huhu... Tapi, takdelah semua tempat sebegitu... Mungkin, rezeki encik suami kena cirit-birit masa tu. 

Sampai di seberang Sebuyau kami meneruskan perjalanan ke Kota Samarahan... Hampir dua jam sampai Kota Samarahan... Kami terus ke Giant, shopping barang sikit. Settle, terus balik rumah... Sampai rumah jam hampir 4 petang dah... 

Malam dek kerana penat, seawal jam 9... Semua dah terbongkang tidur. Sudahnya, pagi ni bangun lewat. Huhu...