Assalamu'alaikum, hai...
Ramalan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 2018 | Dah sebulan promosi rancangan AJL 2018 ditayangkan di tv3.. Dan semalam berlansunglah rancangan tersebut seperti yang diwar-warkan.
Seramai 12 peserta artis lama dan baharu telah berentap. Semua persembahan dorang hebat-hebat belaka.Teringat pulak semasa breakfast pagi semalam, tetiba encik suami bercakap pasal AJL. Malah siap buat ramalan lagi, siapa yang akan dinobatkan sebagai Juara AJL. Siapa yang bakal menerima title vokal terbaik. Kata encik suami, kalau tak Dayang Nurfaizah... Azmi yang bakal jadi juara AJL 2018. Haha... Kemain confident dia meramalkannya. Fiza mengiakan sahaja apa yang diperkatakannya.
Namun, yang nyata tekaannya tidak menyebelahi Dayang Nurfaizah. Malah, untuk AJL 2018... Lansung tiada trofi untuk Dayang Nurfaizah, sebaliknya di sapu bersih oleh penyanyi-penyanyi baharu. Takpelah, Dayang Nurfaizah memang dah diketahui umum kehebatan vokal dan suaranya. Apa salahnya kali ni.... Title vokal terbaik dan juara diberi pulak kepada penyanyi-penyanyi baharu untuk menyuntik semangat dorang supaya terus bekarya dengan lebih hebat lagi. Betul tak?
Apa-apa pun, tahniah buat Hael Husaini yang telah merangkul anugerah juara AJL 2018 dengan lagunya berjudul Jampi... Yang mana penulis liriknya adalah Hael Husaini sendiri dan Ezra Kong. Memang hebatlah persembahan dia semalam. Sangat meriah... Memang patut pun menang. Kan?
Then, Azmi pun turut tersenarai sebagai pemenang kedua untuk AJL 2018. Terbukti, dalam apa jua bidang... Tiada lansung diskriminasi. Lagi pun, suara Azmi memang hebat bak kata encik suami. No wonder lah dapat anugerah kan?
Tempat ketiga pulak, dimenangi oleh penyanyi muda iaitu Haqiem Rusli dengan lagunya berjudul tergantung sepi. Tahniah jugak buat Altimet... Yang mana telah merangkul persembahan terbaik. Memang wowww la persembahan dia semalam. Syamel dan Erni pulak dianugerahkan vokal terbaik dengan lagu berjudul aku cinta. Tahniah buat semua.
Apa-apa pun, AJL 2018 dah pun berakhir. Segala teka-teki dan setiap persoalan pun dah terjawab. Cuma, satu jelah yang Fiza perasaan... Bila rancangan hiburan, confirm kita berlumba-lumba untuk menonton secara live mahupun di rumah. Cuba tengok rancangan agama... Allahu Akhbar... Sangat-sangat sikit penontonnya... Well, itu sekadar luahan rasa Fiza je. Tak perlulah nak terasa bagai right. Masing-masing ada pilihan, yang penting... Dunia dan Akhirat seimbang... Apadehal... Sekadar tengok AJL kan... Saja je nak buat kontroversi pepagi.
Orait... Tu je kot nak bebel pepagi. Kejap lagi Ain bangun. Mesti nak susu. Baik Fiza out dulu awal-awal. Hehe...
Have a nice day all.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.