Assalamu'alaikum, hai... 
Perancangan Tahun Baru Cina 2018 | Cuti CNY ni korang buat apa? Fiza pulak, cuti kali ni akan ke Kuching menziarahi mertua di sana. In Shaa Allah, Ahad baru balik. 


Dalam otak dah berangan nak ke Ninso, cawangan Samarahan. Al-maklumlah ada yang share di facebook mengenainya. Harga barang semua besar kecik RM2.50... Betul ke tidak? In Shaa Allah, nanti Fiza update sekiranya ada ruang dan peluang. 

Maybe, cuti kali ni takde jalan-jalan sangat... Sebab banyak tempahan kait yang nak kena Fiza siapkan... Sebab nak kena post out after CNY 😭😭😭

In Shaa Allah, esok kami empat beranak akan memulakan perjalanan ke Kuching. Memandangkan pan-borneo tengah beroperasi... Kami akan guna jalan short-cut... Di mana akan melalui dua feri, iaitu feri Batang Saribas dan feri Triso... Last, jambatan Sadong, before sampai ke Kota Samarahan. 

Biasanya, before sampai rumah... Kami berempat akan shopping barang dulu, samada di Summer Mall ataupun di Giant. Al-maklumlah, hidup bekeluarga... Tak kanlah nak harapkan mertua nak beli makanan sepanjang bercuti di rumah mereka right. Dorang takdelah mintak kita beli... Ataupun marah kalau kita tak beli. Tapi... Kita kena faham jugaklah... Jangan nak kedekut sangat, lagi-lagi bila mertua kita dah pencen. Mana dorang nak cekau duit. Kan? 

Ada tau spesis manusia yang malas masuk dapur... Bukannya apa, kalau ada barang terkurang kat dapur... Tak kan nak mintak orang lain belikan. Nak tak nak... Sendiri jugak kan yang nak kena keluarkan duit. So, nak elak semua tu... Sudahnya MALAS masuk dapur. Percayalah... Ada spesis gini. Betul tak? 

Panjang pulak Fiza berceloteh, kan?. Apa-apa pun, kepada yang menyambut tahun baru cina... Selamat tahun baru cina ye... Dan kepada yang bercuti balik kampung, hati-hati di jalan raya

Selamat bercuti dan Selamat tahun baru all 😃