Assalamu'alaikum, hai...
Mee udang simpang 4 Nyabor | Alhamdulillah... Bila tempahan kait kurang, so adalah masa untuk Fiza berceloteh di blog. In Shaa Allah, walaupun sibuk dengan kerja... Akan ada masa jugak untuk family.
Nak dijadikan cerita... Last weekend, kami sempat merancang untuk ke Kabong... Lebih kurang 63km dari bandar Betong. Tujuan hanya ingin merasa mee udang simpang 4 Nyabor... Sekali terus ke pantai Kabong untuk menikmati deruan laut yang mendamaikan. Tak tahu jalan... Waze kan ada.
Alhamdulillah, setelah hampir dua jam perjalanan... Kami sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Alhamdulillah, sampai je... Di kedai mee udang, kami terus order air, mee udang berkuah, mee goreng udang, nasi goreng udang dan mee sup udang. Orang pun tak ramai. Service pun tip top... Dalam masa 15 minit, order pun sampai. Memang sedap... Panas-panas makan time cuaca redup. Licin! semua kekenyangan. Tapi, sempat jugak snap gambar before semua masuk perut. Hehe... Cuma gambar nasi goreng udang kepunyaan Alia dan Ain je tak sempat nak ambik 😩
Total up RM140. Berbaloi bayar. Seriously puas hati. Adik kata kedai tu paling sedap antara 3 buah kedai... Best on tekak dia ok. Fiza pulak baru first time merasa mee udang di situ. So, takde komen nak bandingkan. Hehe...
Adik kata, kawan dia bagitau... Tuan kedai dia orang semenanjung beristerikan orang area tu... Tak silap, encik Sulaiman nama owner kedai. Susah nak describe kedai dia... Takde papan tanda kedai wei... Yang pasti, mee udang dia memang superb sedap.
In Shaa Allah, nanti kalau ada kelapangan lagi... Kami merancang nak bertandang ke kedai tu balik. Benda sedap, memang lah orang suka. Oh ya... Nak makan mee udang atau apa sahaja berkaitan udang... Kita boleh mintak tau tapi harga ikut gred udang... Gred dari RM18 hingga RM25... Yang gred RM25, sah-sahla udang sepit biru. Tapi, Fiza tak suka sangat yang sepit biru... Isi dia keras.
Settle bayar, kami pun bergerak ke pantai kabung. Cuaca redup je... Memang sesuai sangatlah untuk ke pantai. Kemain seronok Alia dan Ain bermain burble dan pasir di pantai.
Balik dari pantai singgah pasar Kabong kejap mencari kudapan. Alia dan Ain pulak mintak dibelikan ais cream. Layankan jelah. Dah lama dorang tak makan ais cream... Sejak Alia batuk-batuk haritu. Selesai membeli kami terus bergerak balik. Sampai rumah around 3.40 petang. Semua kepenatan.
Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hasrat nak makan mee udang. 5 star lol untuk kedai tersebut.
Sekian. Cerita weekend Fiza seisi keluarga. Have a nice day all 😄
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.