Assalamu'alaikum, hai...
Online Shopping di Shopee | Siapa pernah online shopping di Shopee? Sila komen. Haha, ayat kemain memaksa. Fiza tak paksa pun untuk komen sebab Fiza pun selalu jadi silent reader. Ooppp! Jangan marah. Bukan tak nak komen... Tapi, kekadang takde idea nak komen.
Ok! Berbalik tentang membeli-belah secara online. Honestly, selain Lazada... Sekarang Fiza dah terjebak membeli di Shopee... Iaitu salah satu website yang menawarkan perkhidmatan pembelian atas talian, sama seperti Lazada.
Apa yang menariknya di laman shopee...
- Harga barangnya amat berpatutan. Kekadang ada free postage tau.
- Kita boleh tanya berkaitan produk yang kita nak beli dengan peniaga melalui service chat yang dorang sediakan.
- Kemudian, kita akan dapat coin melalui pembelian barang dan coin tersebut boleh ditebus bila kita shopping seterusnya.
Walaupun begitu, sebelum membeli... Kena jugak buat survey. Biasanya kalau Fizalah ya... Kan kekadang satu produk tu ada ramai yang menjualnya. First, harga adalah perkara pertama Fiza akan tengok. Kedua, Fiza akan tengok berapa ramai orang komen produk tersebut. Positive or negative komen daripada setiap pembeli kenalah jugak diambilkira.
Alhamdulillah, sepanjang Fiza online shopping di Shopee... Sangat berpuas hati. Tak pernah lagi kena tipu dengan peniaga. Tak pernah ada lagi isu barang tak sampai. Malah, barang sampai dalam masa seminggu... Kecuali barang dari luar negara jelah lambat. Lambat pun, kalau dah melepasi tarikh sepatutnya barang tu sampai... Boleh je kita refund balik.
For those yang tak tahu pasal Shopee, bolehlah dapatkan aplikasinya di Play Store ataupun ke lamannya www.shopee.com.my ok.
Selamat membeli-belah atas talian yer.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.