Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah di atas segala peluang dan ruang yang Allah berikan. Entri Fiza kali ni berkisar tentang isu menyimpan tali pusat. Seperti kita sedia maklum, dalam amalan masyarakat kita... Masih ada yang berangkapan menyimpan tali pusat itu adalah suatu kemestiaan. Kononnya, bila anak sakit... Ia diperlukan sebagai bahan dalam minyak untuk digunakan ketika mengurut anak. Malah, macam-macam kepercayaan lagi Fiza dengar.
Pengalaman Fiza sendiri pun, tali pusat Alia kami simpankan. Yelah, kita orang muda... Nak atau tak, ikutkan jelah pendapat orang tua-tua. But... Now, tak tahu kat mana Fiza letak. Tapi, yang Ain punya kami tanamkan... Setelah mengetahui hukum menyimpan tali pusat. Takde manusia yang perfect... Learning process tak pernah berpenghujung... Yang penting kita sedia untuk perbaiki diri kita menjadi yang lebih baik. Kan?
Tetiba terfikir untuk kongsikanya di sini bila membaca status kawan di facebook.
Kredit : www.facebook.com |
Hukum menyimpan tali pusat bayi adalah HARAM sekiranya disimpan bagi tujuan khurafat. So, bila dah tak boleh simpan tali pusat... Apa yang kita perlu lakukan ialah dengan menanam tali pusat tersebut. Hukum menanam tali pusat pulak adalah SUNAT. Cara nak tanam pulak... Taklah susah mana. Lagipun darah pada tali pusat dah kering. So, tak perlulah nak basuh ataupun bungkus. Just, tanam terus di tempat yang jauh dari binatang pun boleh. Tapi, nak nampak kemas... Boleh je bungkus dengan kain putih.
Alhamdulillah, semoga apa yang Fiza kongsikan akan memberi manfaat buat semua.
1 Comments
Buat panduan kita semua.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.