Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNYA... Kita diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah. Tetiba teringat akan kisah seorang nenek. Mungkin boleh menjadi ikhtibar buat kita semua.

Kisahnya bermula 50 tahun yang lalu... Selepas berkahwin dengan arwah suaminya, nenek tersebut tinggal di rumah ibu mertuanya. Entah siapa salah, siapa yang betul... Mereka jadi tidak sebulu dan membuatkan dorang tak bertegur sapa.

Kalau koranglah, boleh ke duduk serumah... Tapi tak bertegur sapa. Hurmmm... Lain orang, lain pendapat. Semuanya terpulang kepada diri memasing. Tak kemana perginya kehidupan kita, kalau saling membenci dan menyimpan perasaan ego dan egois memanjang. 

Berbalik kepada cerita nenek tersebut... Sehingga meninggal mertua nenek tersebut tau...  Allahu akhbar... Sangat menyedihkan apabila masing-masing tak berkesempatan untuk memohon ampun. Adakah timbul penyesalan di hati nenek tersebut? Wallahu'alam....

Kredit : www.imugram.com

Allah Maha adil... Kifarah orang kata

Now, same situation berlaku kepada nenek tersebut... Tak bertegur sapa dengan anak menantunya pulak. Adakah ia akan berpanjangan hingga nenek tersebut meninggal dunia jugak. Wallahu'alam....

Fiza doakan semoga masing-masing dilembutkan hati untuk memohon maaf sesama sendiri. Hidup sebumbung kenalah memahami antara satu sama lain... Dan bukannya asyik mencari kesilapan orang lain dan main tuduh-menuduh.

Aleh! Kau tak berada di tempat kami... Senanglah cakap.

Yes! Betul la tu kot.

Tapi... Kita hidup di dunia hanya sementara... Dan setiap daripada kita tidak lari daripada melakukan kesilapan. That why, maaf itu perlu... Dan memaafkan itu kena ada. Kalau dalam diri kita takde nilai kemaafan. Sorry to say, kita boleh dikategorikan sebagai seorang yang SELFISH... Rasanya, orang selfish ni kena duduk sorang-sorang... Kot. Haha...

Emosional pulak Fiza bila fikirkan masalah sebegini. Macam-macam penyakit masyarakat masa kini. Moga-moga dijauhkanlah daripada perihal sedemikian rupa. Fiza jenis tak boleh tau... lama-lama tak bertegur. Sehari tak bertegur.... Boleh meroyan dibuatnya. 

Hakikatnya,  cerita yang Fiza kongsikan sekadar buat renungan kita semua.