Assalamu'alaikum, hai...
Tempoh masa untuk menyiapkan tempahan kait | Sambil menulis blog, Fiza jugak ambik tempahan kait. Jika ada yang berminat, boleh go throught instagram fiza_crochet ya.
Alhamdulillah, setelah setahun berlalu... Tak sangka ianya mendapat tempat di hati para ibu di seluruh Malaysia. Setakat ni, paling banyak tempahan... Datangnya dari negeri Selangor. 😊
Setiap jenis item, masa yang diambil adalah tidak sama. Paling cepat siap dalam masa dua hari... Dan paling lambat pun 8 hari. Biasanya, sweater baby dan blanket je yang mengambil masa 7 ke 10 hari.
Contohnya, last week Fiza dapat tempahan one set sweater, topi dan kasut untuk baby girl berumur 6 hingga 12 bulan. So, fiza estimated masa untuk siapkannya dalam tempoh 12 hari. Alhamdulillah, siap on time seperti yang telah dijanjikan.
Comel kan? Warna pilihan pelanggan ni memang menarik. Sangat sesuai untuk baby.
Ok, Fiza harap... Jelas ye berkaitan tempoh masa untuk Fiza siapkan order. So far, setakat ni... Tak pernah lagi over due tarikh penghantarannya. Fiza faham, kalau dah beli online... Mesti tak sabar nak tunggu order sampai right. Jangan risau, I'm trusted seller...
Baiklah, info yang Fiza nak sampaikan pun dah siap. Rasanya, setakat ni jelah kot entri untuk kali ni. Ada masa, Fiza update lagi... Yang penting, korang tak jemu nak singgah sini. Hehe...
2 Comments
Alahai comel comel je semua.rajin ya mengait
ReplyDeleteComelnya, berapa kos dia ni. Nanti nak terjah lah ig fiza
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.