Assalamu'alaikum, hai...
Tiada lansung campaign dari Nuffnang ke? | Semenjak jarang updated blog, Fiza pun jarang login Akaun Nuffnang. Tapi starting Januari, bila tempahan kait kurang... Fiza kembali aktif berblogging. Automatik tangan pun gatal nak check Akaun Nuffnang.
Sungguh mengecewakan. Walaupun jumlahnya dah boleh cashout... Tapi lansung takde cpuv terbaru. Last dapat pun bulan December 2017.
Kredit : www.beritagosip.com |
Hurmmm... Adakah kerana google Adsense mula bertapak di blog Fiza menjadi punca. Wallahu'alam... Apa-apa pun, itu semua rezeki. Ada ke tidak campaign yang melekat... Yang penting minat menulis blog itu sentiasa ada di hati. Setidak-tidaknya ia menjadi terapi di kala kepenatan mengurus diri dan family. 😄
Tau jelah, kalau perempuan dah penat... Kena ada masa untuk rehatkan diri dengan benda-benda yang kita suka. Betul tak?
Bercakap pasal penat, terdapat beberapa tanda atau sikap wanita yang akan mereka tonjolkan bila kepenatan. First, bila isteri start membebel... Benda kecik pun jadi bahan kena bebel. Percayalah... Tanda terlampau penatlah tu. Silap-silap semua orang akan tempias bebelannya termasuklah anak-anak. Tapi... As a wife, tak kanlah hari-hari nak membebel. Kena jugak reti control emosi.
Pendek kata, bila kepenatan... Carilah ruang untuk rehatkan diri... Tenangkan diri.. Lakukan perkara-perkara yang kita minati, agar stress dapat dijauhi. Tak payah kejar sangat duit Nuffnang atau adsense tu... Bak kata suami. Taip je ikut flow isi hati. In Shaa Allah... Rezeki sentiasa ada, yang pasti kita kena usaha gigih untuk dapatkannya.
Jarang updated blog, macam mana nak masyukkkk... Kan? Saja propa pepagi... Apa-apa pun, have a nice day all 😄
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.