Assalamu'alaikum, hai...
Ais kepal milo | Nak pergi Kuala Kangsar semata-mata nak merasa ais kepal milo tok abah. Jauh bebeno. Haha... Apalagi, seawal jam 7 pagi sementara Ain masih tidur... Fiza mencari resepi ais kepal milo tok abah. Tak jumpa resepi ori pun tak apa... Janji lebih kurang sama pun tak kisah. Nanti, ada masa hujung minggu ke... Boleh try.
Kredit gambar : https://iluminasi.com/bm/resepi-ais-kepal-milo-paling-simple.html |
Resepi Ais kepal milo
Ok! Resepi ni Fiza ambik dari FB dan bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
- Milo
- Ais batu hancur
- Susu
- Blender
- Topping
Kemudian, cara Membuatnya pulak...
Pertama, ambil serbuk milo secukupnya. Tambahkan sedikit air untuk pastikan adunan milo kental dan likat. Biarkan beberapa minit supaya adunannya sebati.
Kedua, blend ais dan bentukkan atau kepalkan mengikut citarasa sendiri. Letakkan susu manis secukupnya. Topping dengan bancuhan milo yang dibiarkan tadi. Akhir sekali... Nak add-on topping coklat rice, aiskrim ke kat atas milo kepal pun boleh.
Perghhh! Mesti sedap kan... Lebih-lebih lagi time cuaca panas. Dah dapat resepi ni... Nanti bila-bila ada masa free, bolehla try 😊
#aiskepalmilo
#resepiaiskepal
6 Comments
Viral ais kepal ni ya...
ReplyDeleteboleh tahan juga harga dia...
baik buat sndiri boleh dapat berkepal-kepal..kekeke...
Memang viral... Haritu tengok jugak kat tv pasal ais kepal tok abah ni. Hehe... Buat sendiri sah-sah berkepal-kepal Nieyl 😊
DeleteViral skrng ni ais kepal.. pekat betul milo nya. Sedap tngok!
ReplyDeleteKan... Mengoda sungguh.
Deleteomakaii kemain ha tgk milo nyer..ais kepal nye..awww tergoda...salam kenal newbie here
ReplyDeleteSalam kenal awak. Thanks yer sudi singgah di blog akak 😊
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.