Assalamu'alaikum, hai...
Apakah hukum pemakaian bulu mata palsu | Sekadar renungan buat kita bersama. Nak jadi yang terbaik kenalah perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Mungkin... Sebelum ni kita terikut-ikut dengan budaya pemakaian bulu mata palsu. Siapa tak nak cantiklah kan... Tapi, mungkin kita tak terfikir pun akan hukumnya dalam Islam. Yelah! Kekadang bila dah teruja,  kita terlupa nak double check hukumnya. Fiza pun pernah guna sekali... Masa bersanding 7 tahun yang lepas. Pertama kali dan kali terakhir dalam hidup. In Shaa Allah.

Kredit Gambar : Pinterest

Actually, bulu mata palsu termasuk dalam bentuk menyambung rambut yang terlarang. Dengan memakai bulu mata palsu bererti menyambung bulu mata asli dengan bulu mata yang lain. Hukumnya adalah haram.

Dalam riwayat HR. Bukhari dan Muslim pun ada menyatakan bahawa "Allah melaknat Al-Washilah (orang yang menyambung rambut) dan Al-Mustaushilah (orang yang minta disambungkan rambutnya)".

Jelas dan nyatakan bahawa hukum pemakaian bulu mata palsu adalah haram. Mungkin, sekarang ni kita sangat tergoda dengan produk bulu mata palsu yang murah dan senang didapati. Tapi... Hukum tetap hukum. Masing-masing ada pilihan right. Namun, kenapa kita perlu mengubah ciptaan yang telah Allah berikan kepada kita. Sesungguhnya, sebaik-baik ciptaan adalah ciptaan dari Allah. Biar tak cantik di mata manusia, tapi sangat indah pada pandangan DIA yang Maha Esa. 

Bersama-samalah kita beringat. Apa-apa pun, selamat bercuti semua.

#hukumpakaibulumatapalsu