Assalamu'alaikum, hai...
Ayam goreng madu simple dan mudah | Korang masak apa untuk lunch harini? Tengahari tadi, Before sidai pakaian... Fiza dah siap awal-awal buat perapan ayam goreng madu. Selepas semua kerja rumah siap... Baru cadang nak goreng. 

Resepi Ayam Goreng madu
Alhamdulillah, nak buat ayam goreng madu sangat mudah... Bahan pun sikit. Bila dah jemu makan ayam goreng, ayam masak kicap atau ayam masak kari, bolehlah cuba resepi puan ni. Seriously, sedap sangat. Bertambah-tambah Alia dan Ain makan. Encik suami pun kata sedap... Siap melawak... "Boleh bukak kedai dah ni". Padahal, resepi ambik dari internet je pun. Haha...

Ayam goreng madu

Bahan Ayam Goreng Madu

Alhamdulillah, rezeki makan tengahari yang cukup menyelerakan. In Shaa Allah, nanti boleh buat lagi. Terima kasih buat puan Hana kerana dah berkongsi resepi. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

Bahan-bahan
6 ketul ayam yg sudah di rebus dgn sedikit garam - angkat dan toskan.2 inci halia - parut3 sudu makan kicap pekat1 sudu makan sos tiram2-3 sudu makan madu1 sk blackpepper - optional

Cara-cara membuatnya
Perap ayam ngan semua bahan sekurang2nya satu jam. Panaskan minyak. (biasanya guna kuali non stick ngan minyak sket je) Goreng ayam hingga keitam2an. itam bukan bermakna geseng yer! tkyah goreng lama2 sbb ayam dh masak! cume nk keringkan bhgn luar ayam tuh jer. bleh juga dbakar menggunakan oven.

Kredit resepi : hanamemories.blogspot.my/2009/11/ayam-goreng-madu.html?m=1

Mudah sangat. Nanti nak repeat buat lagi. Hehe...

#Ayamgorengmadu
#menulunchkami