Assalamu'alaikum, hai...
Bila kerja dihargai | anak kecil pun tahu merasai. Betapa hebatnya perasaan bila dihargai, kan?. Balik sekolah tadi... Bukak je kereta, Alia terus pergi ke arahku yang dah siap di depan pintu... Menunggu kepulangan dia dan encik suami... Nampak sungguh excited. Lalu Fiza pun berseloroh "kemain happy ye bila cuti"... Bukan dia nak gelak atau apa...
Sebaliknya menunjukkan sharpener kat Fiza. Haipp... Beli lagi, kan banyak dah stock kat bilik. Terus... Alia menidakkan dan berterus-terang... Katanya sharpener tu cikgu bagi sebagai hadiah sebab tulisan dia cantik. Haha... Rasa nak gelak pun ada. Hadiah punya kecik, excited nya dia seperti dapat duit berjuta ringgit. Namun, Fiza tak pernah lupa untuk mencium dia. Malah... Memberi kata-kata semangat supaya dia terus berusaha...
Semoga Alia dan Ain sentiasa beroleh kejayaan hendaknya. Entri ni bukannya nak MENUNJUK... Sebaliknya ingin menyampaikan maksud tersirat. Betapa hebatnya sebuah penghargaan dalam diri setiap insan. Walaupun kecik... Namun, nilainya amat besar di hati kita. Bila kerja kita dihargai... Kita pasti akan lebih bersemangat untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik kan. Betul tak?
Wallahu'alam... Entri ringkas dari Fiza. Mood cuti kembali lagi, bertabahlah... Maybe blog bersarang kembali untuk duatiga hari. Hehe...
2 Comments
Betul tuh.walaupun hadiah yg kita terima tuh tak seberapa tapi oenghargaan org tuh sbnrnya penting.tak kisahlah hadiah yg kita dpt tuh kecil atau besar,asalkan hasil usaha kita dihargai org lain
ReplyDeleteKan...😊
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.