Islamic quotes ke-6 dari blog Fiza
"Jangan letak tanda soal, bila Allah dah letak noktah atas sesuatu perkara. Yakinlah bahawa allah mengetahui yang terbaik untuk hambanya."
************
Kekadang, bila sesuatu berlaku atas diri kita tanpa kemahuan kita... Kita mula bertanya, Kenapa Allah...
Pisahkan kita dengan orang-orang yang kita sayang dan percaya, ia supaya kita tak terus dikhianati.
Berikan musibah, ia supaya kita menghargai anugerah di depan mata.
Berikan rasa sedih, sunyi, ia supaya kita lebih dekat kepada Ilahi.
Gagalkan rancangan kita, ia supaya kita berfikir dan buat perancangan yang lebih baik
Itupun, seandainya kita sedar... Kita tak kan mempersoalkannya. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.
************
Bak kata encik suami, syukur dengan apa yang kita ada... Tak perlu mengeluh, bila ada Degree... Tapi tak bekerja. In Shaa Allah, rezeki datang dalam pelbagai cara... Yang penting, jangan putus berdoa dan sujud kepada NYA.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.