Pinterest
Renungan seterusnya dari blog Fiza Kekadang, di sebabkan terlalu sibuk, kita lansung takde masa nak baca buku. Dalam sepanjang tahun, rasanya boleh dikira dengan jari kan... Berapa jumlah buku yang kita baca. Betul tak?
Tahu tak? Kenapa sana-sini amalan membaca seringkali diperkatakan... Bukan setakat ambik buku... Baca, dah khatam... Terus simpan. Tapi, kalau kita memang minat membaca, apa yang kita dapat daripada amalan membaca ialah...
Pertama, mampu meningkatkan jumlah kosa kata dan kemampuan bercakap sebanyak 5-15%. Memang la... Kalau jenis ulat buku, idea dorang memang banyak. Contoh paling dekat dengan encik suami... Dia kalau bercakap sesuatu topik, mahunya sampai besok dia ulas. Kekadang malu jugak Fiza, banyak benda tak tau. Contohnya pasal sejarah... Pergh!!! Memang kalau boleh nak elak dari dia bab-bab sejarah. Al-maklum lah, SPM Fiza dapat gred 3 je Sejarah. Haha...
Selain tu, membaca jugak boleh turunkan tingkat stress 60%. Hurmmm... Bagus tu terutamanya yang selalu stress. Apa kata cuba bawak baca buku, terutamanya buku yang boleh memotivasikan balik diri kita... Rasanya, memang positifla kesannya. Kan? Mana ada orang baca buku motivasi bertambah stress... Tak pernah lagi dengar setakat ni.
Memiliki pemikiran yang luas dan meningkatkan lagi pemikiran secara analitis, tu dah biasa kita dengar... kan? Yang 2 ke 5 kali boleh elak penyakit Alzhemier itu adalah sangat-sangat luar biasa kesannya. First time dapat tahu ok. Lagi-lagi kalau kita baca Al-quran... Ketenangan yang hakiki pun kita perolehi.
Hakikatnya, membaca adalah jambatan ilmu... Semoga apa yang Fiza kongsikan hari ini mampu menyuntik semangat kita balik supaya kita kembali tanamkan sikap suka membaca dalam diri. |
4 Comments
penyakit Alzheimer boleh dielakkan dgn berbanyak berzikir. Akk mmg suka membaca, alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah, teruskan kak dengan sikap suka membaca.
Deletemembaca tu mmg penting.. ilmu tu kita kena belajar smpai ke liang lahad. busyra ni jenis yg malas membaca sikit. kalau ya pun dulu time study ada subjek yg membaca so kena paksakan diri. hehe.
ReplyDeleteSamalah kita Busyra sampai suami belikan akak buku tau semata-mata nak akak membaca. Haha... Nasib baik anak-anak tak ikut perangai mak. Syukur alhamdulillah 😊
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.