Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Padanan warna pakaian termasuk tudung, baju, handbag dan sebagainya | Korang tengah buat apa? Alhamdulillah, Fiza baru selesai breakfast. Pekena teh dengan cucur keladi. Pergh! Hujan-hujan kat luar, memang sesuai sangat. Haha... Ain pun still tidur lagi, memandangkan 4 pagi tadi tak sempat nak draf entri... Apalagi, curi masa nila untuk updated blog.
Bagi yang keluar bekerja... Mesti terasa malas nak turun kan. Terutamanya waktu hujan. Dalam otak mesti nak je sambung balik tidur. Kan... Kan? Namun, bukan itu isu yang ingin Fiza cuba untuk sampaikan. Tapi, berkaitan dengan pakaian. Tiap kali keluar rumah, terutamanya bila nak ke tempat kerja... Mesti kita berabis nak mix and match tone color untuk dresses kita kan! Terutamanya bagi kaum hawa... Selagi tak jumpa padanan warna pakaian yang diinginkan... Selagi tula bukak tutup... Bukak tutup almari. Kekadang, walaupun beratus baju dan tudung dalam almari... Bila dah tak jumpa color sepadan... Masih jugak kata yang dia takde tudung... Takde baju. Betul tak?
Nak padankan warna pakaian pun kena jugak ada panduannya... Dan berdasarkan apa yang Fiza dapati hasil daripada sedikit research... Berikut adalah padanan warna mengikut tema yang kita mahu. So, bolehla kalau nak matching kan color tudung dengan baju. Tak kisahla nak color blocking ke... Nak color terang ke. Semuanya ada. Contohnya...
Siapa suka tudung color beige, ni adalah kombinasi warna pakaian yang boleh diaplikasikan |
For those yang suka pakaian color gorgeous, kemudian nak mix and match warna dengan tudung... Bolehlah guna sample color combination ni. |
Kalau nak kelihatan color purple sedondon dari tudung, baju, handbag dan kasut... Bolehla guna combination warna di atas. Sangat cantik 😊 |
Nak mix and match colorful pun boleh. For those yang suka pakai tudung dan baju color blocking... Ini adalah contoh konbinasi block color yang bersesuaian. |
Pinktone color combination sangat sesuai untuk mereka yang suka pakai pakaian pink tapi tak tahu nak match kan color tudung dengan color apa. |
Exotic color. Kombinasi warna yang kekadang menjadi tema makan malam. Nak mix and match color tudung dan baju, bolehla guna panduan kombinasi warna ni. |
Beach color combination pun cantik. Soft je warnanya. Kan? |
Tu antara contoh kombinasi warna yang boleh kita jadikan panduan untuk mix and match pakaian kita bila diperlukan.
Kredit gambar : Pinterest
58 SENARAI NAMA-NAMA WARNA PADA PAKAIAN
Selain kombinasi warna di atas, di sini jugak Fiza nak share senarai nama-nama warna yang boleh dijadikan panduan dalam pemilihan warna, lebih-lebih lagi melibatkan pemilihan warna baju dan tudung. Kekadang, macam Fiza pun... Ada jugak warna yang Fiza tak tau nama. Sudahnya terpaksa google. That why Fiza share di sini. At least boleh jadi panduan dan tak payah dah nak google satu persatu. Betul tak? - Sumber : laman yec.co.id
Kemudian, di sini jugak Fiza nak kongsikan antara nama warna dalam bahasa Inggris yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Fiza hanya kongsikan warna-warna yang sering digunakan dalam kehidupan seharian kita ye, antaranya ialah seperti berikut :-
1. Red : Merah
2. Yellow : Kuning
3. Green : Hijau
4. Blue : Biru
5. White : Putih
6. Black : Hitam
7. Purple : Ungu
8. Orange : Jingga (Oren)
9. Brown : Coklat
10. Grey : Abu Abu
11. Pink : Merah Muda
12. Gold : Emas
13. Silver : Perak
14. Navy = Biru Dongker
15. Dark Blue = Biru Tua
16. Dark Green = Hijau Tua
17. Dark Grey = Abu-Abu Tua
18. Dark Brown = Coklat Tua
19. Light Blue : Biru Muda
20. Light Green : Hijau Muda
21. Light Grey : Abu Abu Muda
22. Light Yelloy : Kuning Muda
23. Peach = Warna Peach
24. Cream = Krem
25. Mustard : Kuning Kecoklatan
26. Olive : Hijau Kekuningan
27. Emerald : Hijau batu Zamrud
28. Khaki : Cokelat muda keabuan
29. Turquoise / Tosca : Biru kehijauan
29. Mocca : Cokelat agak redup
30. Maroon : Merah Marun
31. Magenta / Fuchsia : Merah Keunguan
32. Aqua / Cyan : Hijau kebiruan
33. Lavender : Ungu muda
34. Ivory : Putih Gading
35. Denim : Biru agak gelap
36. Beige : Abu abu kecoklatan
37. Scarlet : Merah padam
38. Cinnamon : Cokelat kemerahan
39. Charcoal : Warna Arang
40. Coral : Merah kekuningan
41. Indigo : Nila
42. Azure : Biru langit
43. Army : Hijau tentara
44. Avocado : Hijau (buah) Alpukat
45. Terracota : Warna Tanah Liat
46. Bottle Green : Hijau Botol
47. Latte : Cokelat kopi susu
48. Lime : Hijau jeruk nipis (dalamnya)
49. Salem (salmon) : Merah kemerah mudaan
50. Dove : Abu abu keunguan
51. Violet : Biru kemerahan
52. Burgundy : Warna merah anggur
53. Mint : Hijau daun mint
54. Mauve : Ungu Pucat
55. Dusty : Warna Kusam (*dusty bukan nama warna)
56. Aqua : Hijau kebiruan
57. Teal : Hijau Kebiruan Gelap
58. Zaitun : Kuning Gelap (buah zaitun)
CONTOH PADANAN WARNA BAJU DAN TUDUNG YANG BERSESUAIAN BERDASARKAN RAJAH COLOR COMBINATION DI ATAS
Ok! Untuk padankan warna baju dengan tudung, Fiza kongsikan di sini beberapa contoh based on warna-warna yang disarankan seperti di atas. Contohnya :-
+ Baju hitam sesuai dengan warna tudung apa?
Jika dilihat pada kombinasi warna di atas, hitam tergolong di dalam warna yang gorgeous dan exotic. Jika memilih warna hitam untuk baju, tak kira berbunga atau plan. Warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan hitam adalah seperti warna plum, purple, violet, dark brown dan mustard.
+ Warna baju emerald green sesuai dengan tudung warna apa?
Warna Emerald Green pernah viral sekitar tahun 2003. Warna ini melambangkan kemewahan, walaupun ringkas tapi sangat elegan bila digayakan. Pemilihan warna baju bewarna Emerald Green boleh dipadankan dengan warna tudung berwarna Gold, Camel Brown, dan Fern Green.
+ Baju hijau lumut sesuai dengan tudung apa?
Manakala untuk baju bewarna hijau lumut pula, warna yang sesuai untuk dipadankan dengannya sebagai warna tudung adalah beach color combination iaitu warna-warna lembut seperti beige, camel, copper, celery dan turquoise.
+ Baju warna coklat lembut sesuai dengan tudung warna apa?
Warna Soft Brown sering digunakan oleh wanita bekerjaya, usahawan dan golongan professional. Warna ini kelihatan semulajadi, mereka yang memilih warna ini sering dikaitkan dengan sikap matang dari usia. Pemilihan warna tudung berwarna Dark Gold, Dark Greyish Blue, dan Black amat sesuai untuk dipadankan dengan baju coklat lembut berbunga ataupun tidak.
+ Baju warna pink belacan sesuai dengan tudung warna apa?
Bagi yang meminati warna pakaian terutamanya baju yang bewarna pink belacan, warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju pink belacan adalah warna-warna yang berada pada kelompok pinktone color combination seperti blue, green dan violet.
+ Baju coklat sesuai dengan tudung warna apa?
Kemudian, untuk yang sukakan pakaian bewarna coklat. Then, tak tahu nak padankan dengan warna tudung apa. Actually, based on tone warna di atas, kebanyakkannya berada pada beigetone dan exotic color combination di mana warna tudung yang boleh dipadankan dengan warna coklat adalah seperti warna cream, yellow, celery dan olive.
+ Baju warna gold atau kuning sesuai dengan warna tudung apa?
Warna kuning atau warna emas? Mesti kita akan kaitkan dengan warna di raja kan. Ramai yang tidak menggemari warna kuning kerana warna ini mencocok mata. Walaubagaimana pun, warna kuning selalu dikaitkan dengan keceriaan, bertenaga dan aura positif. So, warna tudung yang sesuai dengan warna gold atau emas adalah Sage Green, Cranberry dan Peach.
+ Baju warna Red Maroon sesuai dengan warna tudung apa?
Mereka yang memilih warna Red Maroon ini sering dikaitkan dengan kebijaksanaan. Mereka juga sangat berani dan bersemangat dalam apa jua peluang dan bidang. Pemilihan warna Red Maroon sebagai warna baju juga boleh dipadankan dengan warna tudung berwarna Salmon, Pastel Yellow, dan Chocolate.
+Baju warna royal purple sesuai dengan tudung warna apa?
Warna Royal Purple pulak selalu menarik minat golongan yang berfikiran kreatif kerana warna ungu dapat meningkatkan pemikiran dan menenangkan otak. Pemilihan warna Royal Purple pada baju plan atau berbunga boleh dipadankan dengan warna tudung berwarna Light Lavender, Ocean Green, dan Deep Red Violet.
+ Baju warna soft pink sesuai dengan tudung warna apa?
Warna Soft Pink sering dikaitkan dengan feminism. Lebih bersifat kewanitaan dan ceria. Warna yang sentiasa menjadi pilihan remaja perempuan pada masa kini. Pemilihan warna Soft Pink pada baju samada plan atau berbunga, boleh dipadankan dengan warna tudung berwarna Mauve, Soft Red, dan Beige.
+ Baju warna deep silver grey sesuai dengan tudung warna apa?
Warna Deep Silver Grey memberi efek mewah kepada yang memakainya, mereka yang menyukai warna ini juga sangat berfikiran jauh. Pemilihan warna Deep Silver Grey boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Dusty Pink, Blue Grey, dan Soil Brown.
+ Baju warna biru sesuai dengan tudung warna apa?
Jika dilihat pada combination warna-warna di atas, warna biru terletak pada table colorful dan beach combination. Jadi, antara warna tudung yang boleh dipadankan dengan baju bewarna biru adalah seperti Dark green, dusty mint, putih dan meroon.
+ Baju warna kelabu sesuai dengan tudung bewarna apa?
Manakala untuk warna kelabu, ia tergolong di dalam beigetone dan gorgeous color combination. Jadi, jika ingin menyesuaikan baju bewarna kelabu dengan tudung. Warna yang sesuai adalah seperti Dusty pink,blue grey dan coklat.
+ Baju warna purple sesuai dengan tudung warna apa?
Untuk baju bewarna unggu pulak, warna tudung yang sesuai untuk dipadankan adalah seperti grey, celery dan dark blue. Ia berdasarkan rajah purpletone color combination.
Tu antara contoh padanan warna baju dan tudung yang boleh diaplikasikan. Sebenarnya ada banyak lagi pilihan warna. Yang pasti semuanya datang dari table padanan warna-warna di atas. Semuanya telah dipadankan dengan cantik. Tinggal nak pilih je warna apa yang kita nak padankan.
Semoga bermanfaat.
9 Comments
wah menarik lah siap ada padanan macam2 warna pula tu
ReplyDeleteKan... Lebih-lebih lagi tone warna dia. Nampak teserlah.
Deletepayah nak match ni...akak selalu belasah je janji tak pelik sgt...hhee
ReplyDeleteFiza pun kekadang belasah gak. Janji tak nampak pelik. 😊
DeleteCun, nanti saya buat entri khas untuk tunjukkan kesesuaiannye. In shaa Allah 😊
ReplyDeletecucur keladi? wahh sedap tu.
ReplyDeletesaya suka pakai tudung hitam dan warna natural. senang nak mix and match.
Samalah kita Fiza. Suka tudung hitam. Senang nak match. Semua sesuai. Kan? 🤭
DeleteSalam semua. Baju plain warna aqua marine sesuai tudung warna apa?
ReplyDeleteBaju plain warna 'aqua marine' sesuai tudung warna apa ya?
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.