Assalamu'alaikum, hai...
Lama dah tak update koleksi buku Alia dan Ain. Last update pun pada 31 Julai 2015 dengan buku berjudul "Ketawa si Dubuk".

Baru-baru ni, masa cuti tahun baru cina... Kami 4 beranak sempat shopping buku di popular bookstore, Summer mall Kuching. Seperti kebiasaan, kami lakibini memang berikan kebebasan untuk Alia dan Ain pilih sendiri buku... Yang penting, buku dorang pilih bersesuaian dengan peringkat umur dorang. So, dapatlah 4 buah buku bersaiz blok dan buku bacaan mudah. 

Salah satu tip cara kami untuk tarik minat anak-anak cintakan buku ialah... Setiap kali dapat gaji... Encik suami dah allocate bajet RM200 untuk bahan bacaan... So, kami akan ajak anak-anak ke kedai buku... Bila dah jadi rutin... Alia selalu tanya, bila nak ke kedai buku. Bukan setakat buku je dorang pilih... Alatan menulis pun dorang rembat. That why, kat rumah sentiasa ada stock alatan menulis... Bila ke mall je... Mesti ada je alatan tulis dorang nak beli. Sebijik macam encik suami... 


Bila anak dah mula sukakan buku. In Shaa Allah, minat nak membaca akan lahir secara semulajadi... Tu la Fiza kata, sokong sangat-sangat... Parents adalah role model kepada anak-anak. Di sini... Ain dan Alia 100% copypaste perangai encik suami. Semoga sikap itu tidak berubah hingga ke akhir hayat. Aamiin...

Ok, berbalik kepada buku pilihan Alia dan Ain. First, dorang beli buku bersaiz blok sama jenis. Berjudul belajar doa-doa harian... Walaupun dah hafal beberapa doa, Fiza layankan je dorang nak beli... Biar dorang rasa dihargai. Fiza suka belikan dorang jenis buku blok ni bukannya apa... Pertama, senang nak bawak ke mana-mana... Nak pegang pun ringan... Bila dah ringan, anak pun rajin nak balek.

Alhamdulillah, dengan kelebihan yang ada pada buku block... Ain dah kenal jenis-jenis bentuk. Bukan tu je... Doa-doa harian pun Ain dah banyak hafal walaupun pelat.

Kemudian, dorang jugak pilih buku cerita. Kak Alia dah pandai baca sikit-sikit... So, dia excited sangat nak beli. Apalagi, encik suami belikan jelah. Si adik pulak tak nak kalah... Pilih pulak buku makanan tradisional. Walhal, tak reti baca lagi... Haha.

Tak kisahlah, walaupun tak reti baca lagi... At least kita mampu tarik minat dia untuk membeli buku pilihan sendiri. Bukan mudah nak tarik minat anak-anak... Lebih-lebih lagi dunia hari ini... Kebanyakan gajet menguasai anak sana sini.

Fiza doakan semoga anak-anak kita sentiasa cintakan ilmu.