Assalamu'alaikum,  hai...
Semalam,  kita dikejutkan dengan berita bayi maut tertinggal di dalam kereta. Allahu Akhbar,  Berat mata memandang... Berat lagi bahu yang memikul.

Bayi maut tertinggal di dalam kereta 14032018
Sumber gambar dan maklumat daripada https://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/321207/update-ibu-minta-maaf-sayang-ibu-terlupa
********************

Jika kita baca huraian berita harian metro online, berikut adalah kronologi kejadian tersebut :-

14 Mac 2018, seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.

Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

"Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

"Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson," katanya.

********************

Benda dah nak jadi,  sebagai seorang ibu,  Puan Hasmah Masroh pun tak nak semua tu berlaku. Tak perlulah kita nak hentam si ibunya dengan bermacam-macam spekulasi. Siapa kita untuk menghukum dia. Right

Fiza turut bersimpati dengan kejadian tersebut. Biarlah ia menjadi pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati-hati. Wallahu'alam...