Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis episod 10 tak ada cinta sepertimu | Scene Athea pindah rumah. Hasran mintak kepastian tentang perpindahan dengan Athea. Tetiba Azam datang jugak dalam masa yang sama. Sudahnya... Athea tak berkesempatan nak menjawab pertanyaan Hasran. Malah, Hasran dan Azam bersoal jawab. Athea marah melihatkan kelakuan dorang 😡
Rupanya dorang pindah bersebab. Tuan rumah nak ambik balik rumah tu... Sebab anak saudara dia nak tinggal di situ. Melihatkan Azam membantu Athea berkemas... Hasran dan Yus balik ke rumah. Sampai di rumah... Hasran bercerita pasal Bella dengan adiknya Yus. Yus pun terus call ummi dia bagitau kedudukan yang sebenar antara Hasran, Bella dan Athea. Apalagi... Umminya teringinla nak jumpa Athea. Bagaimana rancangan Yus pertemukan umminya dengan Athea... Hurmmm... Kena tengok next episode kot. Haha...
Hari berikutnya berlalu tanpa sebarang jawapan bila Hasran text Athea... Tapi, one day... Tetiba Athea datang ke rumah Hasran untuk hantar makanan buat Yus. Then, terus ke kedai beli barang dapur. Sementara tunggu Athea balik... Hasran ajak Qhalif dan Qayyum makan aiskrim. Tak sempat Qayyum dan Qhalif habiskan aiskrim... Athea dah sampai dan terus ajak dorang balik.
Hari berikutnya, Hasran dan Yus ke rumah Athea bawak nasi lemak... Kononnya nak breakfast bersama. Lepas breakfast, Athea keluar dengan Azam untuk carikan hadiah buat mak Azam. Qayyum dan Qhalif pulak keluar tengok wayang dengan Hasran dan Yus.
Dalam kereta... Athea kena marah dengan Azam kerana membenarkan Qayyum dan Qhalif keluar dengan Hasran. Kes cemburu ok! 😬 Tapi, Azam pujuk balik... Dan dorang pun terus ke mall.
Sampai di mall, Azam bagi Athea cincin. Athea terima. Huhu... Balik rumah masa Hasran hantar Qayyum dan Qhalif... Hasran perasan cincin di tangan Athea lalu bertanya "dia lamar awak ke?"...
Allahu Akhbar... Mesti Hasran frust kan... Dalam episod 11 nanti. Mesti bawak diri... Huhu. Lagi 7 episod nak tamat... In Shaa Allah, akan tengok sampai habis. Encik suami pun minat. So takdela boring sangat tengok sorang-sorang. Hehe... Korang layan ke megadrama ni?
#megadramaterbarumac2018
#megadramatakadacintasepertimu
1 Comments
Suka tngok cita ni. Hehe. Best!
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.