Assalamu'alaikum, hai...
Korang layan tak megadrama terbaru yang gantikan lafazkan kalimah cintamu? Fiza layan dari first episod until now. Saja melayan... Biasanya first episod, second and third takde yang menarik sangat... Bagi fiza ia adalah episod tayang watak-watak dalam drama. Bila penonton dah familiar dengan watak... Masuk episod 4... Bermulalah konflik. Chewah! Pandai sungguh mengulas ye. Haha... Tapi betul lah kan...
Dalam episod 4, tunang Hasran iaitu Bella... Start cemburu dengan Athea... Ada je tak kena dengan design dalaman yang Athea buat. Namun, Athea tetap bersabar. Kemudian, Bella tunang Hasran jugak ke Pulau Pinang bersama bosnya, encik Kamarul untuk menghadiri majlis kawin sepupu bosnya... Pergi tanpa pengetahuan Hasran ok. Sungguh mencari pasal...
At the same time, tetiba Hasran demam ketika Athea start buat kerja-kerja design di rumahnya. Nak tak nak... Atas dasar kemanusiaan, Athea menyediakan makanan dan ubat buat Hasran. Pada mulanya dia menolak dan terus call Bella mintak temankan dia ke klinik... Tapi hampa... Bella tipu Hasran, katanya dia ke Penang tiga hari untuk attend kursus. Fuh! Sungguh senang menipu right.
Well, akhirnya Hasran terpaksa akur akan kesungguhan Athea yang menghulurkan bantuan. Short wrap-up dari episod 4. Next episod... Sedutan, tengok macam ada orang ikut Hasran dan Athea. Mesti Kamarul... Saja nak ganggu hubungan Bella dan Hasran. Al-maklumlah, dia kan suka Bella. Bila dah suka, semua benda sanggup buat. Kemudian... Macam dah terkantoi jugak status jiran Hasran dan Athea... Bagaimana ia berlaku? Apakah reaksi Bella?, kenalah tengok episod 5 next week.
2 Comments
dulu2 minat gak layan drama melayu. tp skrg x de masa nak tengok..huhuhuhu
ReplyDeleteMesti penat kan faktor utama. Suami Fiza pun, balik sekolah kalau ada pun dia menonton channel bola dan berita je.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.